Tuesday, August 9, 2011

Perut saya dipotong.

Selamat pagi.

Sumpah awal gila nie. Sebenarnya I terjaga dari tidur yang takde lar lena sangat sebab cuaca yang panas. Ehehe. I nie memang habit, kalau I tidur sedikit awal dari biasa then tengah2 malam mesti I terjaga. Maybe I dah terbiasa tidur beberapa jam jer kalau weekdays. Kalau weekend tu memang I pulun lar tidur. Sometimes tu sampai ke petang tau. Sumpah macam orang koma. Ahaha.

Okay, untuk sesiapa yang close dengan I, family or friends mesti tau hidup I banyak dilanda musibah sejak dua menjak nie. Ahaha. Kalau English tu senang jer kan perkataan nya. Lately. Kalau Bahasa Melayu, semenjak dua menjak. Ahahaha. Ker I yang salah penggunaan tatabahasa. Ahahahahaa.

Okay fine. Sila berhenti gelak wahai Azie. Ehehe. I memang suka gelak. So, tak perlu lar tutup mulut I.

Firstly, in June 2011. Exact date I tak ingat and malas nak check calendar I. Ehehe. I was admitted to Gleneagles Hospital. Sebab? Appendix (please don't mind my spelling as I'm not familiar with the medical term) and also ovarian cyst. Sian kan I. Actually weekend before I hospitalized tu I memang ada  rasa sakit tau. But, as usual I akan ignore jer perasaan sakit tu sebab macam I nie selalu sangat sakit perut. So, it was like no big deal for me. Biasanya kalau sakit, I akan makan pain killer then take a nap sekejap. Then bila bangun insyaallah hilang lar sakit tu. Ehehe.

Okay, Monday kan kerja. I pergi office macam biasa. Lunch time tu I ingat lagi yang kitorg (I bersama kakak2 office I lar) pergi mentapow nasi kukus kat 7th floor (food court) office I. Pergh! Sedap dowhhh! I memang makan pedas tau. Tapi masa tu sambal kakak tu masak sumpah super pedas. Macam nak terbakar mulut I rasanya. Okay, lepas makan then buat kerja macam biasa. Then around 4pm gitu I dah rasa tak sedap perut tau. Cam memulas. I pergi toilet. Berry lar apa lagi kan. Dah kata makan pedas tadi. Ahaha.

I kept on pergi toilet berulang kali tau. Sampai lar around 5.30pm kot. Time tu orang AmBank biasanya akan asyik mengerling tengok jam masing2 setiap 5saat. Sebab nak balik lar apa lagi kan. So, masa tu sumpah I rasa sakit yang teramat. I pergi toilet. I duduk kat toilet bowl tu tau. Ada lar dalam 10 minutes kot. Mata I dah gelap. Symptom2 nak pengsan. I duduk diam. Lama. Then bila rasa kuat I bangun. Terus pergi turun 16th floor nak pergi clinic doctor gatal tu. Clinic pulak tutup. Then I naik balik. Masa tu air mata dah kat tepi mata dah. Dah tunggu nak mengalir jer. Sumpah sakit wey. Rasa nak pecah perut I.

Last sekali I memang menangis lar. Masa tu kakak2 nie dah panic lar. So, officemate I, Wan Shahrum and Fadzrul ajak I pergi clinic and at the same time hantar I balik rumah. Baik kan diorg. Okay thank you u olsss!!

So, we went to Clinic Mediviron Setiawangsa. Doctor checked semua, dia kata suspect appendix. Doctor kasi ubat suruh makan. Kalau sakit lagi sila pergi hospital. So, malam tu I balik and makan ubat and tidur.

Keesokan harinya. Jeng jeng jeng. Ehehe. I bangun and rasa sakit lagi. I terus pergi gamble lar to hospital. Gleneagles nie about 5 minutes distance jer dari rumah I. So, sampai jer terus parking then pergi emergency. Masa tu sakit gila. I sorang tau. No friends, no family. All alone. I masuk jumpa doctor. Then doctor did the thorough check up. Then confirm yang I ada appendix and it was swollen masa tu,

Lepas doctor tu confirm kan dia kata I kena operate buang benda alah tu. I ingat lagi doctor tu tanya I datang dengan siapa. I cakap sorang. ehehe. Then doctor tu yang settlekan everything pasal admission I. Mana I tau nak buat apa. I main sign jer apa dia suruh. Then I masuk ward sorang2. Tak lama lepas tu surgeon I, Doctor Mahadevan datang. He explained everything. Bla bla bla. I pon ditolak masuk ke operation theater. Alone tau. Kuat tak I? Ntah lar. I tak rasa apa2 masa tu. Sebab I dah pernah kena operate dulu. So, takde perasaan takut pon. Ntah lar. Macam tak pikir apa2 pon.

skh, panjangnya cerita I. Okay, dipendekkan cerita. Masa Doctor Mahadevan tu potong perut I, dia nampak ada bleeding tau. Tapi old one. Colour lain lar tu maksudnya kot. Then instead of potong 1bahagian jer, dia tebuk pusat I. Nak masukkan camera. Then dia tengok banyak sangat darah lama dalam rahim I. Masa tu terus on call Gynea, Dato' Alex Mathew. So, Dato' Alex checked and sahkan yang I ada ovarian cyst. Left ovary. Then dia pon potong and cleaned all the blood tu. Okay. Kesimpulannya, perut I kena potong 3 tempat. Kanan for appendix, kiri or cyst and pusat for camera. Ehehehe.



Image taken from Google


I try type tadi kat Google pasal ovarian cyst nie. Here we go. Nah. Baca jer lar dari website nie

Nie I letak lar beberapa keping gambar. Ehehe. I curik dari FB kak ngah I. Ahahhaa.

Kesian diorang bosan tunggu I lama sangat dalam OT

Time nie hari ke-2 selepas operate

Argh! Lambat lar loading. Kenapa ntah connection malam nie. Malas tunggu. Dah menguap jer nie. Nak tidur semula. Kalau nak tengok gambar lagi sila tengok kat FB kak ngah I. Dia rajin mengupload gambar. I malas. Ahahaha.



Wey, panjang lar entry I. Tidur lar. Bye. Ahahahaha. Kalau penutup tu tak best maksudnya I dah malas. Ahahhaa.



Friday, August 5, 2011

Helpless

I penat.
Pernah tak you all rasa sunyi.
Macam you all seorang sebatang kara tinggal kat sesuatu tempat asing.
Tiada seorang yang datang tolong atau teman.
Ya. Sekarang. Saat ini. I rasa perasaan tu.
Susah sebenarnya jadi seorang yang kuat.
Sebab orang akan fikir kita cukup kuat untuk tempuhi semua cabaran dan dugaan tu seorang diri.
Hakikatnya kuat itu hanya luaran.
Dalaman kita rapuh, lemah.

Tuesday, August 2, 2011

Testing.

Testing. Testing. 123.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 29, 2011

berduyun-duyun

Assalamualaikum w.b.t.

Hye bloggie.

I bangun pagi hari ni tau. Pukul 8 pagi mak I dah masuk bilik I suruh bangun. Nak ajak keluar breakfast katanya. Ehehe. I tak bangun terus lar macam biase kan. I suruh mak I pegi mandi dulu. Sementara mak I pegi mandi, dapat jugak I tidur lagi kan. Melepaskan rasa mengantuk tu kan. Ahahaha.

Okay then I bangun tau. Pegi lar toilet semua. Then siap2. Tukar baju. Makeup mana yang patut. Eh! Bukan makeup aper pon. Just pakai BB cream and lip gloss and I'm ready to go.

Okay, dah start engine kereta semua tu kan, kakak I kata jom pegi makan kat kedai mee kari famous kat Bidor tu. Namanya Mee Kari Ramli, Bidor. Then off we go.


Nie gambar hiasan. Thank you Google.

Sampai jer kat kedai tu, makaihhhh berduyun-duyun manusia. Sumpah ramai. Kereta parking sepanjang2 jalan tu tau. Kedai nie pulak happened to be dekat betol2 tepi jalanraya and simpang nak masuk tol Bidor tu. Tapi rezeki I kan, ada parking betol2 depan pintu kedai tu. I pon terus lar mencelah. Parking lar kereta comel I di situ.

Then kitorg masuk kedai tu. 5 of us. Mak, kakak, maksu, cousin I, and I lar. Masuk jer kena berdiri tunggu kot ada sesape yang dah abes makan. Yer lar. Confirm lar penuh manusia. Dah kata berduyun-duyun orang kan. Tapi rezeki jugak tu, ada orang baru nak bayar. Kitorang terus pergi cop lar tempat orang tu.

Then order2 semua bagai kan. Dalam 15minutes lar lebey kurang, sampai lar makanan kitorg. Mak makan mee sup, kakak and cousin I makan mee kari, last but not least I makan mee kicap. Maksu I takmau makan. Die minum jer. Then kan perot dah berbunyi kebuluran kan. Terus lar kitorang makan.

Weyy, takde lar sedap mana pon. Sumpah. I rasa biase sangat. Tapi I cam musykil kenapa yang ramai sangat manusia kat situ. I tanya mak, kakak semua kata tak sedap pon. Tapi pelik kan kenapa ramai sangat orang. Sampai ada yang sanggup datang makan tu beratur lama gila.

Haa, tu jer yang I nak cakap. Moral of the story, orang berniaga nie mesti ada doa ker tangkal ker untuk tujuan daya penarik. Kan.

Okay Bye. (sungguh tak best endingnya kan)

tidur petang dan mimpi pelik

Hello Bloggie..

Okay fine. Terus menuju ke arah tajuk di atas. Iskh. Penggunaan ayat Bahasa Malaysia yang sangat tidak teratur. Al maklum lah, dah sekian lama tidak menulis karangan kan. Rindu kan zaman sekolah dulu. Selalu kena buat essay. Bahasa and English. Ahahaha.

Haa. Tadi petang I tidur tau. Mak selalu bising kalau I tidur siang. Especially kalau dah nak senja. Tapi tadi, mak I takde. Die keluar dengan adik I pegi klinik rasanya. Then, tu memang peluang I lar nak tidur siang kan. I pon terbongkang kaki terkangkang lar tidur kat depan tv.

Okay, nie nak cerita nie. I kan mimpi ular. Ular yang kepala kembang tu datang kejar I. I tak ingat berapa ekor ular tau. Lebih dari seekor lar pastinya. Ular2 tu kejar I tau. I lari dan lari. Pada masa yang sama, I nak terberak dan mandi. Macam I ngah carik2 toilet tau. Ala cenggitu lar lebey kurang.

Pastu kan, ular tu kan kejar I kan. Pastu dalam mimpi I tu ada 3 orang budak kecik tau kena patuk. Sebenarnya ular tu nak patuk I, tapi I lari laju2. Walaupon gemok I tetap boleh lari laju tau. Ahahaha. Yang paling I ingat budak ke-2 yang kena patuk tu is girl. I tak nampak muka. Ular tu patuk kat private part die. Sian. Dia mati rasanya. Ntah lar. I kan lari dan lari masa tu kan.

Lari punya lari terus I cam jumpa toilet nak berak dan bilik mandi kan. Pastu I terjaga. Ntah hape2 kan. Ahahaha. Then I terus tersedar dr tidur. Sumpah rasa ada sedikit scary tau. Bangun jer I terus capai Blackberry tercinta I tau. Terus surf tenet pasal tafsir mimpi nie. Byk lar pulak tafsirannya. Ada 2 jer kesimpulan tafsiran yang I rasa jelas iaitu:

1) Ada orang nak masuk meminang - Pelik jer. Sebab Bukan I yang kena patuk. Masa baca yang nie, I terus cam syahdu di dalam hati. I macam terpikir, mungkin ada orang nak datang pinang adik I ngan  anak sedara I kot. Pastu I akan jadik andalusia sebab I kan tak kena patuk. Meaning I takde orang nak datang pinang. Tau lar I gemoks. Damnn!!!

2) Sihir. Meaning, ada orang nak hantar sihir kat kita. Kalau kita yang kena patuk maksudnya sihir orang tu tak menjadi. Tapi kalau tak, sebaliknya. Sihir yang dihantar pada kita tu sudah terkabul. Paham tak? Scary kan. Bencik tau main sihir2. I takda tau cari pasal ngan orang rasanya. Tapi betol ker yang nie eh? I try lar goole byk2 pasal tafsiran Islam. Byk gak pasal ustaz2 nyer pendapat.

Pelik kan. Masa lepas I dah abes google tu I mandi. Then mak ngan adik pon dah balik. I pon terus tanya mak I. "Mak, kalau kite mimpi ular patuk tu apa maksudnya?". Mak I jawab sambil muka tersengih2, "itu tandanya ada orang nak masuk meminang.." Cam biasa lar. Mak I selalu bising2 suruh I cepat kawen. Konon semua kawan2 I dah kawen. Ahahaha. I takde perasaan nak kawen lagi. Caneeee?

Okay lar. Disebabkan tadi I dah tidur siang, terus mata I segar bugar. Nie taktau nak buat apa lagi. Stalk fb orang lar. Pastu blog-walking. Pastu taktau dah nak buat apa dah. Okay. Till next time. Muah!

Thursday, July 28, 2011

Happy Friday

Hye ooolllssss..

Eh! Silap. Assalamualaikum W.B.T.

I sekarang berada di perumahan abah dan mak tercinta. Awal kan I bangun. Sumpah sejuk macam ais gila rumah nie. Tue yang tak larat nak tidur bangun tidur bangun. Mesti tak paham kan. Bila sejuk I akan selalu kena g toilet. Small business jer lar. Then I akan continue tidur. Akan tetapi kalau dah sejuk sangat, I akan terpaksa pergi toilet beberapa kali. Then terus tak bley nak tidur dah. Ahaahaha.

I bangun dah tadi, then terus kemas2 rumah. Rajin kan I. Carik2 mak I mana ntah. I kemas jer lar. Ala, bukan kemas mana pon. I sapu2 sikit. Then panaskan bubur durian, maksu I masakkan. Yer lar pagi2 nie kan selalu kelaparan. Plus, untuk orang yang berdiet macam I, sarapan pagi adalah satu kewajipan. Tak boleh skip. Eleh, I cakap jer pandai. Selalu I skip jugak. Sebab tak sempat tau nak makan pagi2. I nie bangun awal sgt nak g keje kan.

Okay, sambil sarapan tadi I tgk movie. DVD cetak rompak. I rasa adik I beli kat pasar malam mana2 ntah ler. Ahahaha. I tengok cerita SEKALI LAGI. Okay lar. Takde lar best sangat. It's just that I suka tgk budak kecik yang comel lote itu. Sapa ntah namanya. Ahaha. Jap, I google jap gambar die ek. Muka I tau. Nama ntah laaa.. Jap eh.


Haaaa. Tu. Yang budak kecik dalam gambar di atas. Cute kan dia. Okay fine! Loser kan I sebab taktau nama die. She is quite famous young star I guess. Ehehe.

Okay, I malas nak buat review cerita tu boleh? Ehehe. Tapi pada I cerita cenggini tak worth lar kalau gi tgk kat cinema. Ala, senang u olls amek jer Astro First tu jer. Cam aritu, adik2 I amek cerita Kongsi kat Astro First jer. Senang. RM15.00 I rasa. 1 family boleh tgk. Kalau nak gi cinema, 1 tiket dah RM10.00 lar average. Pastu kalau nak bawak ramai2 sekampung matik lar nak bayar kan. So, I guess, Astro First ialah pilihan terbaik lar untuk tontonan seisi keluarga. Eh! Takde. I bukan dibayar oleh Astro untuk cakap baik2. Ahaha. Ini adalah pendapat ikhlas I yang baik hati pernah tgk and guna Astro First.

Okay dah. Mesti jap lagi mak ajak gi tgk opah kat Hospital. I mengundurkan diri yang busuk ini dahulu. Mahu mandi bunga. Ahahahahaha. Bye. Eh! Assalamualaikum.

Tuesday, July 26, 2011

Tiada tajuk.

Assalamualaikum w.b.t. ehem..ehem.. *batuk*

Good day ooolllsss..!!! *jerit dgn suara annoying*

Lama kan I tak update blog I nie. Da banyak sgt habuk berterbangan kat blog nie. Nasib baik takde spider dtg hinggap. Eh. Betul ker kata kerja yg I guna tu? What everrr.

Sebenarnya ada banyak sangat benda yang berlaku kat hidup I sepanjang I menghilangkan diri. Cewwaaahhh!! Ayat taknak kalah tau. Ahahahaa.. Nanti lar I update satu persatu. Doakan jer lar I kurus rajin okayyy.

Eh. Sebelom nie, sila menatap lar wajah I yang ayu jelita setelah sekian lama menghilangkan diri dari dunia blogging nie. Eh jap. Mana pendrive I? Alaa!! Tertinggal kat pc kat office. Masa balik lupa sebab takut kelam kabut nak balik. Okay letak gambar lain lar. Naahh!


Hahahaa! *gelak jahat* I suka gambar tu. I malas nak copy and paste gambar dr fb I. Pergi lar tengok sendiri fb I. Ada lar sekeping dua gambar I yang terkini. Cewahh! Ayat baku tau.

Okay. Dah. Continue. First thing first pasal diet I kan. Aritu da turun sikit dan sikit. Pastu something happened to me. Health issue. As a result I terpaksa berpuasa daripada memakai PB corset I yang menjahanamkan duit I tercinta tu selama at least 6 months. Lama kan. Kejam tau. *nanges*

Iklan jap==> Apsal I enter-enter tapi cursor nie takmau g ke bawah eh? Iskh. Ker blog I pon dah merajuk dgn I ek? Hisshh! Tak suka lar. Jahat tau. *sambil buat gaya perempuan gediks*

Haaa!! Betol lar. Bila I enter, benda alah nie taknak pergi ke bawah. I kena click guna mouse I. Argghh!! Mati lar. Malas I pikir kenapa. Ehehehee. *sengih*

Sebenarnya I tengah blogwalking just now. Pastu tiba2 "tiiiinnngggg". Ehehe.. Suspen jer kan. Tak ah. Maksud "tiiiinnngggg" tu is I tiba-tiba teringat I ada blog yang telah terabai hampir beberapa bulan. Terbiar usang begitu saja. Dimamah usia. Ahahahaa. Sungguh tak menjadi.

Bila buat ayat sastera merepek-repek nie mesti I teringat bestfriend I masa zaman sekolah dulu. Nora Diana nama die. Taktau lar die ingat tak phrase nie "BUKAN MENGUNGKIT, TAPI MEMBANGKIT". Ahahahaa.. Sumpah kitorg gelak guling-guling kalau baca ayat tu. Kalau tak silap I tu liriks lagu tau. Tapi I tak ingat lar betol tak. Ker kitorang baca surat cinta kakak dorm kitorang ker. Haaa.. I tak bagitau eh? I pernah duduk asrama tau. Kira bukan kategori anak mengada manja lar I nie. *muka bangga sambil angkat2 kening* Ngeh ngeh ngeh.

Iklan lagi==> Eh!! Dah okay lar enter nie. Bila I enter, pointer ker hapa nama dia tu dah boleh ke bawah. Ahahaaha.

Sebenarnya I takde topik pon nak bebel apa malam ni. I dah mengantuk sebenarnya. Tapi perot I sakit terlampau. Period pain. Sakit gila wey. Sumpah rasa nak tercabut pinggang nie menahan sakit. Kaki macam nak tertanggal. Extreme kan. Saja jer. Overwhelmed. I malas nak makan pain killer. Kang mmg die akan meng"kill"kan sakit I. Bukan tu jer, dgn period I pon die meng"kill"kan sekali. Apakah kaitannya? Maksudnya period I tak keluar. Tersekat. Kang jadik lagi ketumbuhan dlm ovari kang. Eh! Terlepas cakap. Alaaaa. I baru nak kasik surprise dalam entry akan datang pasal tu. Ahh! Ummmm!! Ummm!! Hmmmpphh!! *mulut kena zip*

Iklan lagi==> jadik problem yang tak boleh turun ke bawah tu lagi. Ahh! Bencik lar! Bye! Tiba-tiba kan. Ahahahaa..

Nak tidur lar. Penat cakap sorang-sorang. Okay Bye. I love you. I miss you. Muah muah! Gediks kan. Ahahaa. Zzzzz. Krroohhh krrrooohhh. *buruk perangai*

Thursday, April 7, 2011

Day 33 - Godaan Mamee Sllrrpp Kari Xtra Pedas

Slllluuurrrppp!! Yuuummmyyy!!!
Ehehehee..
Buuurrrppp!! Alhamdulillah... :)

Yer kawan-kawan sekalian. I baru lepas mencekik mee segera. Ala.. Susah lar nak cakap mee segera.. I biasa cakap maggi. Walaupun I tak makan pon cap Maggi. Tapi still I panggil maggi jer semua jenis mee segera pon. Eleeeeeehhh!! You all pon sama kan.. Cakap maggi jugak kan... Wek wek!!

I baru sampai rumah tau around 10.00 pm gitu tau. Sampai jer terus gi mandi mewangikan diri. Ehehehe. Pas mandi call mak jap. Borak-borak jap. Sian mak I tau. Die jatuh kat bathroom malam tadi. Tu pon antu gigi yang bagitau.. Eh! Antu gigi tu is adik perempuan I tau. I panggil die antu gigi sebab gigi die besar. Ahahahhaaa.. *gelak jahat*

Owh! Okay sambung lik. Lepas borak ng mak I kan, then perot I cam dah nyanyi lagu keroncong dah. Pastu bertukar jadik lagu Matahari Agnes Monica. Pastu tukar lagu Back to December Taylor Swift tu. Pastu hambek kau, terus tukar lagu Amy Search pujaan hati Kak Zila, head unit I. Ahahhaa.. Apakah maknanya??? Maknanya ialah perot I mintak diisikan. Hadoiiii!! Rosak diet I tau. I cam bertahan lar. Dalam otak pikir nak minum air kosong sebanyak yang boleh untuk memenuhkan perut then terus tido kan.

Tgk tumbler dah kosong. I pon turun lar kitchen rumah I. Konon nak g refill air jer nie. Sekali cam syaitan nirrajim datang melintas dalam otak I. Hasut I suruh bukak kabinet tempat food stock kitorg. Arghh!!Stok maggi semakin bertambah. Punya lar lama I tak ke kitchen dah kan. Wanita bekerjaya lar katakan.... Ahahhaa..

Okay. Pastu masak lar maggi. Eh! Mamee Slllrrpp Kari Xtra Pedas tu.. Ala.. Yang wrapping die kaler itam. Alaaaa.. I tak pernah pon makan. I beli masa I g Jusco AU2 dengan housemate I. I nie kan suka benda2 free yang come together nga aper yang kite beli kan. Pastu masa tu ader jual maggi tu sebungkus yang besar tu dapat free plastic bowl kaler kuning yang sangat comel. I pon beli lar.

Pas masak kan. Then makan. Sumpah sedap. Tambah lak I letak telur sebiji. Potong cili lagi. Sangat sewel kot otak I. Dah sawan kot. Sumpah pedas gila babeeee.. Tapi sedap. I tak suka sangat maggi kari sebenarnya tau. I suka tomyam. Tapi yang nie cam sedap. Serious sedap. Sila lar esok pegi beli kat kedai. Weyy! Murah jer kot. Takyah tunggu bonus pon bley beli. Hahahaha!! Kak Oyein and Ayob mesti paham maksud I nie.. Ahahahhahaaaaa..

Okay dah. Perot adalah boncet sekarang. Perasan menyesal menghantui jiwa. Bencik kan. Hadoii. Kene tunggu 2 jam baru bley tido.. Nie pon I berlari setempat dalam bilik. Ader lar 5 minit. Pastu rase cam orang gila. Tu yang bukak blog nie. Pastu post entry nie. Ahahahhaa..I tau you all rindu kan ngan hasil coretan I nie.. Haippp!! Tak baik tipu.. ahahahaa...

Okay lar. Aper nak mengarut lagi pon taktau lar..

Akhir kata. Wweyyyy!!! Tak bley akhirnya lagi.. Jap jap.. Tadi kan. Lepas I balik dari office kan. I terus gi Jusco AU2 jap. Mesti ramai tanya napa yang asik tempat tu jer kan. Haihh. Dah beberapa langkah jer Jusco tu dari rumah I. Kat situ jer lar tempat I pegi. Senanggg..

Haaa! Semua tau kan sal yang budak2 AF9 nyer kelas/rumah tu kat situ. Sumpah I terkejut. Selalu kalau I pegi Jusco tu mesti cam senyap jer. Sebab Jusco tu kurang orang datang. Pastu kan, tadi dari jauh dah nampak lampu warna-warni dahhh. Pastu nak carik parking pon susah. bencik. I masuk lar kan. Pastu ternampak ramai manusia dok tengok2 kan. Rupanya memang cam aquarium tau kelas diorg buat tengah2 Jusco tu. Hahahaha. Kelakar. Diorg tak rase awkward ker haaa? Yer ah. Tadi kan mase I lalu tu tengah kelas tarian Cikgu hape ntah namanya tu kan. Eh! Bukan Linda Jasmine. Nie laki. Hape ntah. Pastu kan budak2 tu cam terkinja2 lar kan berlatih menari kan. Pastu tak rase segan ker hhaaa? Haihhh! Tak paham lar I aper konsepnya. Ahahhaa..

Okay lar. Dah boleh akhirnya dah.. Bye. Ahahhahaaa... Tiba2 kan. Bye. Muah!

Eh! Ader lagi. Nie I letak sekali lar gambar mee segera tu yer kawan2. Kang ader yang terpikir2 tak tido malam kang cemaner rupa mende alah tu kan. Nah! I tak snap pon. I curik kat google jer gambar nie. Hehehehee..

I dah paste kat sini baru I perasan ader name blog yang punya gambar nie. Lantak ah. Malas tukar. Sorri tuan blog itu. Ahahhaa.

Okay! Sambung exercise laju2. Bye!

Monday, March 21, 2011

Day 17 - Cian blog saya. Hukhuk!

Hello kawan-kawan.

Kesian blog I kan. Berhabuk-habuk dah nie. Haih! Maaf lar yer. Tuan blog nie terlampau lar sibuk dengan pekerjaan harian. Haip!! Tuan blog bukan terlampau tau. Kang tibe-tibe jadik Blogger Terlampau lak kang. Haip!!! Pukul kang!! Ahahaa.

Okay-okay. Corset PB. Ehehehe. I still meneruskan perjuangan I untuk mengkuruskan diri ini yer kawan-kawan. Jangan risau, I tetap berimpian untuk mengembalikan zaman kegemilangan I dolu-dolu. Time yang I masih kurus, cantek, slim melim tu lar. Kawan-kawan lama I mesti dah tau camner rupa I dolu-dolu kan.

Seriously, sekarang stress gila kalau ader reunion ker, gathering ker, terserempak ker, ngan kawan-kawan lama I tau. Especially kwan-kawan zaman persekolahan, matriks, zaman awal Uni. Sumpah semua orang akan terkejut lar tengok perkembangan diri I yang dah jadik kembang bermangkuk-mangkuk nie. Stress tak? Yer lar biler ader jer orang cakap, "Azie!!! Aper dah jadik ngan kau nie? Kenapa berisi sangat nie?". Ala, sebenarnya diorang nak jaga hati I lar tu. Sebenarnya dalam hati nak cakap "kenapa kau gemok gedempol macam lembu sangat nie?". Tapi tak sampai hati kan. Kot I termelalak menghentak-hentak kaki mintak eskrem ker mase tu kan. Ahahahaha.

Wey, kawan-kawan. Tolong lar doa yer semoga semangat I nak diet dan menjadi perempuan cantik nie berjaya. Tak larat tau jadik gemok. Berat. Sumpah berat. Semua malas. Nak berjalan jauh sikit dah termengah-mengah macam orang tua ada penyakit asma. Haihhh!!! Bencik!! Lutut pon asik sakit tau. Maner tak nyer? Dulu sekeping. Tulang tak besar maner. Sekarang nie? Naaahhh!! Hambek!! Badan dah macam lembu nak korban raya Aidil-Adha jer I rase. Eh ker orang korbankan tu kerbau? Ala. Nak lembu lar. lembu cam comel sikit kan. Badan ader tompok yang hitam putih tu kan. Ahahahaha. Sgt feeling comel tau walaupun huduh!!

Pssstt..Sebenarnya kan I sendiri taktau camner nak bezakan lembu ngan kerbau. Sumpah I taktau aper beza diorg. Selalu I tengok lebu yang kartun jer cam ader tompok hitam putih tu. Kerbau cam hitam kan. Tapi kalau real life ntah ler. I cam tak pernah pon nampak lembu yang macam dalam kartun tu. Haa!! Name lembu yang comel kartun tu MOO! Sila tengok nie.


Argh! Apsal I melalut jauh sangat nie weyyy? Sila lempang I berkali-kali! Larikkkkkkk!!!!

Owh. Diet masih cam dulu. I takde perasaan lapar sangat-sangat tu lar. Cam biase.

Ala!! I tak timbang berat lagi. I nak timbang sekali seminggu. Should be minggu nie I timbang. Nnt ah. I update nnt k. Ehehehe.

Okay. Jom tido jom. Esok kerja berlambak menanti di office. haihhhhh!!!

Wednesday, March 16, 2011

Day 12 - Satay Station bersama Cik Sheshe

Yummy!! Slurp!! Sila lap air liur masing-masing. Ahahaha. *gelak jahat*

Si Sheshe sabar menunggu makanan.

Ahahaha. Sumpah I memang suke giler tau makan satay kat Satay Station tu. Dulu kalau gi makan ng Yasmila mesti I cam order 10 cucuk then Yasmila pon 10 cucuk. Sangat tamak okay kitorg. nie lar gambar satay yang sungguh lazat itu yer kawan-kawan.


Tapi kan tadi cam sumpah makan 4 cucuk I rase nak termuntah dah. Ker I yang psycho ek? Ntah ler. Perasaan I lepas start pakai corset nie cm tak bley nak makan cam orang giler tau. Cam psycho kan sebenarnya. Tapi serious wey. Kalau I sumbat jugak, I rase nak muntah. Pastu mesti biler balik rumah perot I meragam.2 3 kali lar pegi ke toilet tu haaa..


Sebenarnya hari ni I balik cam awal jugak lar. Around 8 p.m dah sampai rumah. Sungguh kagum okay I berjaya sampai awal di rumah. Housemate I cam menjerit-jerit tgk I sampai rumah begitu awal sekali. Ahahaha. Sewel kan diorg.

Ala dah tunggang terbalik dah entry nie nyer cerita kan. Lantak lar. I malas nak betolkan arrange semua. Anda semua silalah paham-paham kan tahap kemengantukan I dah tiba nie. Tapi masih gigih tau nak mengupdatekan blog nie.

Eh Eh Eh!! Nak cite nie. Housemate I kan, kate kan, I kan, nampak kan, susut sikit!!!!!!! Yeaaa!! sebenarnya cam rase bangga dengan pencapaian diri sendiri. Tak sia-sia lar I diet kan. Nie yang buat semangat I berkobar-kobar nak kurus nie..

Owh! Mesti ader yang cakap kan, "kate nak diet, tapi malam g makan satay". Ala. tau dah. Ader yang ngah kutuk I tu. Tak baik tau. Tuhan marah. Kene masuk api neraka nanti tau. Ahahaha. Sumpah cam cerita zaman kanak-kanak I kalau kite jahat pastu mesti kate masuk api neraka. Ahahaha. Comel kan I? MOTIP!!!!! Ahahahha..

Sebenarnya I cam memang dah lame mengidam makan satay tu tau. Pastu cam hari tu borak ng si Sheshe nie kan. Die kate tak pernah makan kat situ. Pastu kan kat situ ader jual mee rebus, die cam nak try lar. Tu yang I bawak tu. lagipon bukan senang kan I nak ader masa terluang balik awal-awal cenggitu kan. Kire g melepak jugak lar tadi.


 Sedang menikmati Mee Rebus pujaan. Ahahaha.

Kan I dah cite kat atas tu kan yang I makan 4 cucuk kan. Pastu sampai umah housemates I nie g lar tanya, "berapa banyak kau makan satay tadi weyy?". I jawab lar 4 jer kan. Pastu diorg cam, "membazir jer pergi jauh-jauh!!" ahahahahaha.. Bongok!

Owh! Sumpah mengelat si Sheshe tau. I order 10 cucuk satay kan. Pastu die makan 2 cucuk jer. Ini tidak adil!!! Ahahaha. Sila lihat bukti. Tu pon last sekali baru nak makan 1 cucuk lg. Patut lar kurus!!! Tidakkk!!


Okay dah. Sangat tunggang terbalik. Okay I pening. Bye.Sheshe dah bising!!! Siap cubit I.! Jahat kan. Okay. I mulia.AHahahahaha.

Tuesday, March 15, 2011

Day 11 - Makan di malam hari adalah tidak bagus yer kawan-kawan.

Assalamualaikum kawan-kawan..

Ahahha. Teringat kat ader anak jiran sebelah rumah I kat Perak. Dulu mase die takde adik lagi kan, die selalu datang merayap kat rumah I tau. Sebab rumah I selalu ader anak sedara I kan. Pastu budak tu datang selalu bahasakan diri anak sedara I sebagai KAWAN. Sebab die cam taktau ker tak ingat ker hape ntah name anak sedara I. So, sampai sekarang lar die just panggil anak sedara I tu KAWAN. Comel kan die. Macam I. Ahahaha.. Tibe2..

Okay. Pagi tadi I makan American Breakfast. Cam biase lar beli kat food court office I tu. I kinda like it tau. Sebab cam layan jer bila I makan. Maksud layan tu is sedap yer kawan-kawan. Ahahaa.

Pastu biler lunch time tu I dah tak layan nak sumbat apa2 makanan dah. Sgt penuh okay perot I. Dalam otak I pikir takpe after office hour japgi, around 6 cenggitu I turun lar food court beli something kan.

Pastu kerja lar sampai lebam kan. Eh Eh EH!!! Kerja sampai petang maksudnyer. Then tgk jam dah pukul 6 ptg dah. Si Ayob dah yo yo jer tunggu masa jer I ajak teman turun bawah beli makanan kan. Pastu I nyer kerja lar tak siap-siap. Recon variance analysis yg I buat tak balance2 jugak. Otak dah jammed dah nie. Perot dah bunyik lagu Teenage Dream dah nie. Sian Ayob. Last die makan roti Kak Oyein jer.

Stress kan. Pastu semua pon dah balik kan. I paksa Ayob temankan I sebab kakak-kakak team I dah beransur pulang kan. Then I buat keje sikit then ajak Ayob balik. Sebelom balik I ajak Ayob temankan I makan jap. Sebab sumpah macam nak pengsan tau. Serious I rase lapar nak mati. Corset Pb tidak membantu mase tu. Sumpah lapar giler.

G lar kat mamak Banglo pujaan hati IT Asset team tu. Ahahaha. I order mee bandung. Si Ayob kurang ajar taknak makan sebab dah malam. Konon takut gemok. Rase nak lempang muka die berkali-kali sebab biar I gemok sorang-sorang.

Okay. sekarang I dah mandi wangi-wangi. Mesti lar dah sampai rumah dah yer kawan-kawan. Takkan I tidur kat office kot. Semangat sgt namenyer tu. Okay  dah! I kene sambung keje nie. Haihhhh!!!!

Monday, March 14, 2011

Day 10 - Zzzz

Sumpah hari ni sangat mengantuk. I bantai tidur during lunch time tadi. Maner lg? Filing room payment team lar. Sumpah mengantuk. Mata I separuh terbuka tau sepanjang hari.

Nie pon I baru sampai rumah dan sudah berwangi-wangian. Mahu menidurkan diri.

Owh makan ek? Takde makan pape selain keropok lekor yang I goreng pukul 6.30 pagi td. I bawak office. Okay dah. Bye.

Sunday, March 13, 2011

Day 9 - Oh! Keropok Lekor!

Hello all.

Argh!! Sila jerit beramai-ramai.

Hari nie I makan adalah seperti orang gila okay. Keropok Lekor!!! Irresistible!!

Okay. Dah sampai KL. Dah mandi wangi-wangi. Mahu menidurkan diri. Esok harus continue diet secara bertubi-tubi. Motip bertubi-tubi? Ntah. Ahahahhaa.

Okay bye. Muah!

Saturday, March 12, 2011

Day 8 - Sheshe's Engagement Day.

Hello semua.

Yer! Yer! Sheshe, kawan I tu bertunang harini tau. Hehehe. So, makanan adalah sgt sedap okay.

Pagi I makan bihun goreng sikit. Then lepas Zohor cenggitu start makeup. So, I have to skip my lunch. Makeup semua then si tunang pon sampai. Then diorg discuss2. Then around 5 cenggitu baru I dapat menikmati makanan yang tersedia ader tu. Sumpah sedap. Nasib baik I behave lg tau pakai corset PB tu. Ahahaha.

Malam tak makan. I tidur macam orang giler. Biase lar. I nie lepas makeup pengantin especially mesti badan I agak keletihan. Kenapa ntah. I pon tak paham. So, tidur jer lar kan.

Okay. Bye. Zzzzz.

Day 7 - Welcome to Terengganu.

Hye alls!!

Sila baca tajuk di atas. Sila. Sila.

Yes darlings. I sekarang nie berada di Terengganu. Ehehe. Kuala Terengganu to be specific yer kesayangan-kesayangan sekalian. Ehehehee.

Cepat tanya kenapa I ader kat Kuala Terengganu nie. Okay lar. Camner nak tanya kan. Ehehe. Sebenarnya I berada di sini sebab nak makeup si Sheshe nyer Engagement Day. Eh? Ker I dah bagitau dalam entry semalam ek> Sorry lar I nie memang agak nyanyuk sket. I open jer blog pastu terus click kat NEW POST. Takde pon baca entry semalam. Ahahaha.

Okay. About my diet regime. Ehehe. Diet I rosak you alls!!! Lunch jer diorang ajak makan nasik tau. Mak I selalu pesan, kalau g umah orang kalau tak nak makan pon, jamah sikit pon jadik lar. I nie pon buat cenggitu lar kan. I amek lar setengah senduk nasik + seekor ikan masak hitam (aper ntah nama masakan tu) + sayur campur. I pon makan dan makan. Hehehe. Last last lauk jer habis, nasik tak luak langsung. Ahaha. Sebab aper tau. Sebab I pakai corset PB tu. Still weyyy. I taknak skip pakai. I nak tgk result I pakai corset PB tu sebulan.

After makan, lepak-lepak kat hall dengan family Sheshe. Then petang we all semua pegi keluar g Giant. Nak beli buah-buahan buat hantaran si Sheshe. Pastu kan. Lagi sekali wey. Biase lar. kalau datang Terengganu nie tak sah kalau tak makan keropok lekor kan. I pon tergedik-gedik nak beli. Si Sheshe pon bawak lar g aper ntah namenyer, Losong ker hape ntah. Beli lar.

Sampai umah I terus naik bilik atas. Tertido padahal dalam hati nak tak sabar-sabar nak makan keropok lekor tu panas-panas kan. Tapi I zzzzzz.

Around 8 p.m. kot I baru terjaga. Bangun then mandi wangi-wangi. Pastu turun bawak. Umi si Sheshe ajak makan nasik tapi I taknak. Pastu makan lar keropok lekor tadi tu. Sedap weyy. Sumpah sedap. Tapi I behave tau. I makan 3 ketul jer tau. Sumpah menahan perasaan nak makan benda alah tu tau. Haihh!! Diet Azie Diet!

Sambil makan tu si adik Sheshe baking cupcake tau. Yang size mini tu. Bau sedap wey. Dah siap tu diorg kasik I rase. vanilla flavor. Yummy! Rosak lagi diet I. Tapi I makan 3 ketul jer. Tu set limit sendirik tu. Ahahahaha.

Okay. Kesimpulannya diet I rosak okay. Ahahahaa. Okay dah.

Nie sepatutnya entry hari semalam tau. Hari ni nyer seterusnya.

Friday, March 11, 2011

Day 6 - Yasmila..!! Weight scale kau nie betul ker weyyyy..!!!

Hello Gorgeous!!

Cewahhh..!! Excited nie.. Sorry lar I tak sempat nak update semalam untuk cerita hari ke-6 I pakai corset PB nie and proses menguruskan badan yang gemok gedempol nie..

Haip..!! Shhh..!! Rahsia nie.. Okay lar.. I cerita..

Eh! Eh! Eh! Sebelom tu. I sedang online nie kat rumah Sheshe.!! I am now in Kuala Terengganu!!!!! Excited kan I letak banyak2 tanda seruan kan. Annoying kan. Ahahaha. Suke hati I laaaa.. Ahahahaha.. I gerak dari KL malam semalam. I balik keje around 11.30 p.m. kan. On the way driving nak balik tu I called Sheshe, I cakap I terus pegi rumah die kat Kg Baru then I bawak balik rumah I kat Setiawangsa.

Sebenarnya I dtg sini, Terengganu nie sebab makeup job I. Haip! Apsal ada yang buat muka confuse sambil kerut-kerutkan kening?? I ada buat freelance makeup job lar kesayangan sekalian. Sila pegi click kat sidebar I sebelah kanan nie. Haihh.. *sambil geleng-gelengkan kepala*

Owh. Lupa nak bgtau. Sheshe is getting engaged!!! Congratulations to Sheshe and Ashraf for your engagement..!! *wish sambil jerit lompat-lompat cam cheerleader tu* (Feeling kurus kot. Tak sedar lantai bergegar-gegar mase I lompat)

Eh cepat! Nak cerita pasal benda yang paling buat I excited nie. Semalam kan, lepas fetched Sheshe, kitorang terus balik rumah I. Sampai jer rumah I cam riuh-rendah beramah mesra dengan housemates I. I tried some baju kurung sebab konon nak pinjam buat pakai mase Sheshe tunang kan.

Sambil I dok men"try" baju kurung tu kan, I naik lar weight scale kat dalam bilik Yasmila nie tau. I was shocked. *buat muka terkejut sambil buat mulut ternganga*. Pastu I jerit, "Yasmila!!!!!! Weight scale kau nie betul ker weyyyy!!! *jerit dengan nada excited* Yas pon jawab, "betol lar". I nie tak caya lagi nie. Sheshe buat I percaya nie. Sheshe pon naik weight scale tu untuk memastikan beda alah tu betul Sheshe pon kata betul sebab berat die adalah betul mase naik benda t kan. i cam terkejut and excited tau.

Nak tau kenapa tak??? I lost 2 kgs u'olls!!!! Sumpah I terkejut. Yer lar I kan baru jer pakai PB corset nie kan. Okay fine. I memang diet lar makan. Tapi takde teruk sangat sebab I takde perasaan lapar pon tau. Tapi sumpah terkejut tgk berat dah kurang 2 kilo weyyyy!! Baru hari ke-6 tau I berusaha nie.! Yes!! I suka!!

Nie yang buat I lagi bersemangat nak menguruskan badan nie. Terima kasih cik corset PREMIUM BEAUTIFUL.!! Ahahahaaa..

Okay dah! Sheshe panggil makan sup tulang kat kitchen. Gigih kan die pegi panaskan sup tu suruh I makan lg.  Eh, nie entry untuk semalam tau. Untuk hari ke-7 which is hari ni japgi I sempat I tulis kan k. Bye all!! Muah Muah!

Wednesday, March 9, 2011

Day 5 - Hari Roti Sedunia

Assalamualaikum CETGU..!! Ehehehee..

Sengal..Ehehe..Masuk air okay otak I..

Harini sebenarnya I cam takde mood sangat tau. Tapi I nie sama jer. Takde perasaan. Marah ker, stress ker, sedih ker, hape ker, I akan gelak jer. Ntah lar. I rase bila gelak tu masalah dalam otak I cam ilang sekejap. Ehehehe..

Merujuk kepada tajuk di atas, ehehehe...Feeling tulis surat rasmi zaman persekolahan dahulu kala pulak kan. Dulu I reti tau camner nak tulis surat rasmi. Pastu ex-bf I mase sekolah dulu ajar. Sebab die cam sgt terror tulis karangan jenis surat rasmi. Ahahaha. Suke menyimpang jauh kan I nie. Ahahaha.

Okay lar. Sambung sal kurus. Ehehe.

Pagi ni I makan sardine toast as my breakfast. Sepatutnya kalau ikut menu diet tu, today pagi I kena makan cereal dgn susu tau. Tapi I nie kan jenis bangun tidur "AWAL" sangat2 kan. Mana lar nak menyempatnya nak buat breakfast sendiri. Semua kene beli jer. Ehehehe. Pastu I beli breakfast tadi pon cam takde choice lain dah kat situ. Takkan I nak hentam makan bihun goreng ker, nasik lemak "plaster" ker kan. Haihh!! Makan jer lar aper yang rase2 bagus.

Okay, I beli sardine toast tu 1set which consists of 2 slices pf bread ngan 2 / 3 sudu sardine. Mana I tau ek? Dah akak Indon kedai tu buat depan I. Mesti lar I tau.. EHehehehee.. Okay, kan dah jadik 2 toast bentuk segitiga kan. Naik atas, kat office, I makan lar. Makan dan makan. Okay. Tak mampu nak telan 2 roti tu. Makan 1 jer. Sangat bazir okay. Tapi nak buat camner. I rase nak termuntah dah. perut rase sangat ketat dan sendat okay.

Okay, pastu buat keje, Keje, Keje. Keje.

Pastu lunch time. Kak Zila ajak I g The Weld sebab die nak carik buku untuk anak2 die kot ker ape ntah. I ikot jer sebab harini server office I cam siput sedut lembabnya tau. PC I nak hang jer. Menyampah.

So, sampai The Weld, Kak Zila bgtau I yang kat depan Dominos tu ader bukak Daily Fresh. Dalam otak cam terus terbayang waffle ng jagung rebus corn in cup tu. Haih! Sedap dowh! Corn in cup tu feveret I ng Yasmila, housemate I. Pastu mesti kitorg mintak susu lebey kan. Bila masa makan tu, mak aihhhh, meleleh air liur weyyyy!! Jilat bibir berkali2. Ehehehe..

Owh. I pon cam g lar beli waffle kat situ kan. Pastu Kak Zila pon feeling nak kurus pon beli jugak kan waffle. I cakap, "waffle jer ker?"..Pastu gelak jahat. Ehehehe. Kak Zila kata cukup lar kononya.

Pastu lepas dapat waffle kitorg pon blah lar pulang ke pangkal jalan. Odw balik office tu, cam jauh jer bunyiknyer kan. Padahal ader lar beberapa langkah dah sampai office I. Ahaha. Okay2, odw tu Kak Zila cakap, "Azie naik atas dulu lar. Kak Zila rase cam tak cukup lar makan waffle jer. Kak Zila nak singgah level 7 jap beli nasik." I pon gelak2 lar. I naik atas terus kan. Pastu makan lar waffle I tu.

Pastu ngah makan2 kan, Kak Zila sampai office. Pastu makan bersama lar kitorg. I cam ala2 menikmati lar waffle tu kan. Sekali Kak Zila buka polistrene nasik die tu, mak aihhh!! Sodap gilo bau! Damn!!! Bencik kan! Susah tau menahan selera makan nie. Sib baik lar corset PB nie cam membantu control selera I. Sebab I memang takkan makan banyak2. Mau muntah I kalau hentam makan banyak2. Sendat dan ketat okay.

Haaa. Lunch I tu pon I makan half jer. Tak mampu dah. haihhh!!

Nie dah sampai umah kan. Dah mandi kan. Corset dah basuh semua kan. Pastu I rase lapar. I rase kan, dah 5 hari kan I pakai corset PB nie kan. Mende alah nie cam bantu I menahan selera makan dengan cara pegang badan I ketat2. Saluran perut I jadik sempit gitu rasenyer. Sebab kan, bila bukak jer dan tak pakai pape yang ketat perut I rase lapar. Dasar perempuan gemok gedempol! Makan jer aku hengat! Haihh!!Takpe2. I bertahan. I dah lama jugak sebenarnya tak makan waktu malam. Bukan senang nak kurus wey!!!

Okay dah. Nak sambung keje. Tata! Muah muah!

Tuesday, March 8, 2011

Day 4 - Godaan nasi ayam kampung Bandaria

Helo Alls.. *sambil buat suara perempuan gediks*

Ahahahahaaa..Sila baca sekali lagi tajuk entry nie. Damn kan!! Seriously hari nie tersangat lar mencabar tau pada I. Okay mari cerita step by step. Mula dari pagi lar biase kan. Cam diari kehidupan lak blog I nie kan. Ahh! Suke hati I lar kan. Eehehe..

Arini kan I bangun awal daripada semalam. Mak kejutkan pukul 7 pagi kan. I terus bangun and pegi mandi. Then biase lar, terpaksa berhempas pulas memasukkan badan yang gemok nie ke dalam corset PB yang kecik tu. Ehehehee. Berpeluh tau.

Dah siap pakai semua then keluar driving g keje. Eh! Harini takde perasaan "sampai ke dagu" dahh..ahahaa.. dah biase kot rasenyer. Eehehe. I sampai office awal tau. Selalu tu muka I jer lar yang paling lewat sampai. Even I orang pertama sampai, among my team members ah. Manager I pon sampai selepas I. Bagus kan PB corset nie buat I kena bangun awal. Ahahhaa..

Kan semalam I ader cakap pasal menu diet si Saprin, jiran cubicle I tu kasik kan. So, I nie gigih lar nak follow jugak menu diet tu. Pagi nie menu adalah scramble egg, roti 2 keping, baked beans 2 sudu then air suam. I beli jer lar set american breakfast kat foodcourt office I. Ayob temankan I g beli. Tapi kan set tu including 2 sosej. Alaaaaa..Rosak diet I tau. Tapi I suke sosej!! Yummy! Slurp! Nie lar makanan breakfast I.




I berjaya habiskan breakfast tu tau. Serius lepas makan terus perut rasa ketat dan sendat. Serious! i tarik nafas panjang2 2 3 kali jugak lar nak kasik biasekan diri. Ahahaha. Tapi bagus ah sebab corset nie bantu I control portion makan. Kena amek makanan in small portion jer tau. Kalau amek banyak sumpah rasa nak muntah.

Pastu kan around 10.30 a.m. cenggitu kan, Kak Izan, kakak office I, round kat tempat semua orang sebab nak amek order nasi ayam kampung Bandariya yang sentiasa menjadi pujaan hati Kak Zila. Ahaha. I stress tau. I memamng dah lama kempunan nak makan nasik tu tau. last time makan tak ingat bulan berapa. Biase Kak Izan nie yang akan amek order kat semua orang dalam office I. Kire cam gathering makan ramai-ramai, tapi sila mengeluarkan wang masing-masing lar. Hehehee..

Sampai kat tempat I, Kak Izan tanya lar I nak tak. I dengan pantasnya menjawab, "TAKNAK". Motip kena guna capital letters? Ahahaha. Pastu kan semua orang kat office tu cam, 'Ala, makan sekali tak gemok lar Azie. Rugi tau.".. Damn!!!!! Memang lar. Tapi I nie dah melampau-lampau kegemukannya wey! I cekalkan hati pastu taknak jugak nie. Tegar tau I.

Sharp pukul 12, sampai lar nasik ayam kampung semua orang kan. Pastu dak2 nie lalu-lalang depan cubicle I tau. Bau die!!!! Argh!!! Stress otak I. Then I terus amek kunci filing room. I blah.. G tido lagi bagus. Menahan nafsu makan tau. Ingat senang? eheheheheee

I pon tidur. Kul 1.30 bangun then sambung keje. Tapi kan I takde rase lapar pon. Sumpah. Pastu tu jer lar kot.

Ala, aper perasaan I pakai corset PB nie ek? I rase ketat dan sendat. Perut I cepat rasa penuh walaupun makan sikit. Takde perasaan lapar sangat-sangat pon. Biasa jer. Knowing me, I nie kan memang suka terlampau dengan makanan. Tapi dengan pakai corset nie I rase biase jer tgk makanan. Psycho ker aper I taktau. Yang I tau memang perut I rase penuh jer. Bagus lar pada I menda alah nie.

Then dah petang cenggitu, ala-ala kul 7 pm kot, Kak Azwa datang bagi I roti. Roti sardin this time. I mula-mula taknak. Tapi cam pikir kang lapar tengah malam lg tak bagus. I makan lar jugak. Tapi sumpah susah giler nak masuk. Sikit jer dah kenyang. Tapi I paksa jugak. Dah tinggal suku cenggitu I tak mampu telan dah. Ahahaha. Bazir kan. Tengok ah gambar kat bawah nie. Sebelum dan selepas makan roti tu.




Mengantuk sebenarnyer nie. Tu yang entry ala-ala nak cepat jer abeskan kan. Esok lar sambung. Tata!!

Monday, March 7, 2011

Day 3 - Sampai ke dagu weyyy..!!

Selamat Hari Isnin Semua.

Ahahahaa.. Sgt skema okay berbahasa baku. Feeling anak sedara A.Samad Said. Ahahaha..

I baru balik kerja, and mandi, and of course lar wangi. :P

Biase ah, I mesti nak update perjalanan menguruskan badan I bersama Premium Beautiful corset nie kan. Hari ni pon I akan cerita pasal corset nie jugak. Sebenarnya kalau nak bagitau pasal facts PB corset nie memang banyak wey. Tapi I malas lar nak tulis facts. Sebab I rase semua orang yang ada pakai corset nie pon asik sebut sal facts kat blog diorg. Lain kalai kalau I rajen I update lar pasal facts corset nie. ehehehee.. Kat sini I lebih suka bagitau or ceritakan or maybe merepekkan pasal aper yang I rasa. Lebih ikhlas I rasa sebab I bagitau pengalaman sendiri. :P

As usual hari nie kan Isnin. Keja. Monday Blues. Datang lewat kat office. Ahhh..!! Name it. Semua tu adalah perangai busuk I. Ahahaa. I memang suka tidur tau. sumpah kenikmatan okay tidur. Tapi kan. Tapi kannnn.. Hari ni I bangun awal. Mak kejut around 7a.m. Eh! I pernah bagitau tau yang mak I memang jadik alarm clock I pagi-pagi. Setiap pagi, weekdays lar, mak akan call handphone I tepat kul 7 pagi. Sebab mak risau I lambat pegi keje. Tapi sbenarnya lepas mak call tu I bantai tidur krooohhh krroooohhh balik. Masa cakap dgn mak tu I buat lar suara segar-segar sikit. Ahahahaa.

Okay, hari ni mak terlambat called I. Around 7.30 a.m baru die teringat katanya. Lepas mak called I terus mandi. Semangat weyyy!! Nak pakai corset PB nie bukannya sesenang makan kuaci. Berpeluh tau nak pakai. Saja jer. Maksud tersirat ialah I gemok. Okay fine. I gemok. Damn!

Dah siap semua then driving to office. Masa tengah drive tu I terpaksa tegakkan seat kereta I. Sebab badan I kan macam robot, tegak jer bila dah pakai corset nie. Haihhh! Okay. Biasa lar KL nie kan sinonim dgn traffice jammed kan. So, stuck lar dlm jammed. I tak main keji tau harini. Tenang jer I drive. Selalu tu macam kalai I bawak kereta sebab dah terlewat g office.  Pastu kan, masa tgh dok stuck dalam jammed tu I rase semacam. Sumpah wey! Sampai ke dagu I rase! Tidak!! Sangat tegak okay. Haipp! Kakak-kakak office I paham kot aper yang cuba I nyatakan di sini. Ahahahhaa.

Sampai office, I parking kereta semua kan, i pon berjalan lenggang kangkung g office. kan. I cam terasa jer orang sekeliling yang tgh duduk minum kat kedai mamak tu tgk I semacam. Damn! Obvious sgt ker? Tidak!! I jalan laju-laju pastu sampai jer office I terus pakai blazer. Yes! Dapat meng"cover". Ahahaha.

Lagi nak update apa ek? Hmmm.. Owh yer. Pasal makan. I sejak January 2011 nie I memang nekad nak diet kan. So, makanan rutin I setiap hari untuk lunch ialah bihun sup sayur. Tapow jer kat food court office I tu. Selalu I beli buah sekali tau. Hari ni pon itulah makanan lunch I. Tapi kan...I tak berjaya habis. I baru makan 2 3 suap bihun tu I rasa penuh sgt-sgt dah perut I. Last, manager I cakap, "Esok Azie beli sup sayur jer. Bihun takyah." Sebab I mampu telan sayur ng sup jer. Bihun nak termuntah I bila try telan. Sila lihat bukti di bawah yer.

Nie masa baru nak start makan yer rakan-rakan.

Nie mase dah settle makan.

Owh yer. Jiran sebelah cubicle I, Si Saprin ada bagi I cam menu untuk diet. Cam jadual nak diet gitu. Die pernah buat sebab die sportsman. So, kan diorg kena jaga badan kan. Tengok lar gambar kat bawah nie. Siap die tolong photostatkan untuk I. I lak berkongsi ilmu nie ng kakak-kakak office I. ehehehee. Mari berkurus bersama!




Okay tu jer lar. Eh! Eh! Postur badan I masa duduk kat work station I sgt ayu okay. Sebelum nie I bongkok sana, bongkok sini. Bersila atas kerusi. Macam-macam lar cara duduk tak keayuan I buat. tapi hari ni I tegak jer. Ahahaha. Cantek lar badan haku pasni! Ahahaa..

Lepas offie hour tadi I sempat g gym. Mengeluarkan peluh sekejap. Haih! tolong lar cepat kurus.

Okay dah. Sila bertidur. Selamat Makan Semua. Eh silap! Selamat Malam Semua. :P

Sunday, March 6, 2011

Day 2 - Saya adalah ROBOT.

Hello All,

Bertemu kita lagi di dalam rancangan.. Azie Nak Kurus.. Ahaha. Sengal. Okay, sudah Azie. Sila kurangkan merepek.

Like what I promise before, I akan update kalau sempat everyday perjalanan I nak kuruskan badan dan menjadi perempuan yang cantek. Harini ialah Ahad dan saya tidak pergi bekerja. Hibernate kat rumah jer. Hehehe..

I woke up early today. Around 9 a.m. I dah terjaga sebab ada kawan called handphone I. I nie memang alert sket dengan bunyi handphone. Kalau bunyi lain I cam tak dengar jer kot masa tido. That's why masa zaman sekolah dulu, mak kejutkan I pagi-pagi nak g sekolah pakai handphone jer. Dia called jer I. Padahal dok 1 rumah. Ahahahha. Mak cakap kalau die panggil I bukan dengar, kalau bunyi handphone laju jer jawab.

Okay mari sambung cerita kurus bersama PB corset.

After bangun tido I terus mandi and settlekan laundry I yang dah bertimbun macam Gunung Kinabalu tu. Dah 2 bakul penuh melimpah ruah. Haih! Well, I kan wanita bekerjaya. tak sempat nak do laundry semua nie. Ahahahaa. Alasan paling best untuk orang malas.

Okay, sambil-sambil washing machine menjalankan tugasnya I pon dah settle mandi. Sebenarnya I teragak-agak gak nak pakai ker tak PB corset nie harini. Yer lar. Kan hari minggu. Dok umah kadang-kadang tu malas nak pakai baju cantek-cantek kan. Pakai sleeveless ng short sudeyyy. But, okay lar. I pakai jugak. I pakai sendiri tau harini. Semalam kan Kak Ija yang tolong I pakai. This time sorang kat rumah. Pakai sendiri lar. Takkan I nak kejutkan si Yasmila ng si Anum suruh pakaikan untuk I. Sumpah penat wey!! Berpeluh haku!! I complete pakai the 3 pieces dalam mase 20minit jugak tau. Seriously I kena bangun awal nak g keje. Lama seyyy nak pakai menda nie. Sabo jer lar.

Okay, kan dah siap pakai kan sekarang, tetiba I jadi tegak gila. Sumpah tegak macam robot. I nak tunduk amek benda kat lantai pon sangat kesusahan okay. I menjadi robot. Tidakkk!!!! Mula-mula tu macam rase sesak napas kan, tapi I nekadkan hati untuk pakai 4 jam pon jadik lar eventho Kak Ija kata at least kena pakai 8 jam sehari. I pon cam setkan try sampai 4 jam ok tak. I start pakai around 12pm then I berjaya bertahan sampai 8pm td. hehehehe. Bangga dengan pencapaian diri sendiri. Ahahaha.

Tengok lar gambar I snap selepas I pakai PB corset nie. Sgt gemok okay. Ahahahaha. Peha macam ayam. Haihhh!! tapi bagus tau sebab corset nie kasi shape kat pinggang. Feeling perempuan cantek memakai kebaya. Ahahaha.


Owh, about diet lak. I didn't take breakfast cause Yasmila and Manok (Her Boyfie) masak spagheti and lasagna for lunch. Meriah kan diorg. I turun bawah pastu feeling dok dalam Masterchef Kitchen lak. Ehehehe. Sementara tunggu Yas and Manok siap masak, I sempat cycling sekejap depan tv. Dapat ah 30minit. Keluar jugak peluh. owh, lupa nak cakap, I pakai corset nie ada perasaan panas tau. Serius. Tindakbalas infrared tu ker hape ntah. Pastu ada perasaan gatal-gatal badan sket. Maybe lemak-lemak tepu I sedang terbakar kot. Padan muka kau wahai lemak! Huahahaha! *gelak jahat*

Okay, brunch is ready!! Makan time!! Sumpah semua makanan best giler atas meja. I tengok selera giler tau. Alaaa..Manok ada snap some photos tapi die tak upload lg. Nnt lar I update kot ada gambar-gambar makanan kitorg harini k. Okay, First I makan lasagna. I amek small portion sebab perut I rase senak and sebu. Padahal tak makan pape lg dari pagi. Sebab corset tu pegang ketat badan I kot. Alhamdulillah berjaya berjaya abeskan lasagna, pastu nak try spagheti lak. I amek sikit. Sedap wey! Tapi sumpah tak bley masuk dah. I makan 2 3 sudu kot pastu stop. Manok and Yas jahat suruh I g bukak corset and enjoy the foods. Iman I kuat okay. I tak bukak pon. Ahahahaa.. pastu kan, si Manok nie g buat aper lg ntah kat kitchen kan. Tetiba die dtg bawak vanilla ice cream with berry syrup. Sumpah feeling cam Take Home Chef kat AFC tu. Ahaha. Sedap. Tapi perut I dah penuh. Rase nak muntah. Nak minum air pon tak bley sekaligus.

Lepas makan and kemas meja semua I terus g cycling lg sekali. Kali nie 15minit jer. Diorg gelakkan I and cakap I tegar giler nak kurus. Mesti lar wey. Hudus dah skrg nie gemoks. Pastu tgk tv, surfing internet, buat keje opis, buat makeup module pastu dah kul 8 malam. Bukak corset. Yeaaaa!! rasa lega giler. Bernafas akhirnya badan I. ahahahaa..

For the second day and awal-awal nie confirm lar I pakai hooks yang paling hujung which is yg ke-3. Gemok! Ahahahaa. Tak sabar nak tunggu I dapat pakai hook ke-2 pulak. Tunggu and sabar jer lar...


Okay dah. Esok sambung.

Kelebihan Kualiti Kain PREMIUM BEAUTIFUL

Happy Sunday All..!!!! *mood excited*

I baru lepas makan. Haipp!! Bukan nak update pasal perasan hari ke-2 pakai PB corset nie tau. Tu japgi sebab I still sedang pakai PB corset right now. Kak Ija said I have to wear this corset AT LEAST 8 hours per day. Nie tengah menahan napas ler nie.. Malam japgi I update review k.

As for now I nak update about facts. Ehehehee.. I just type aper yang ader dalam buku Hai-O nie jer..

Okay, here we go. Tengok lagi sekali gambar perempuan cantek 4 orang nie sebab I takde gambar lain. Ahahaha. Nie pon I google jer. Motip nak kena letak gambar jugak? Ntah. Saja. Penyeri suasana. Ahahaha.


KELEBIHAN KUALITI KAIN PREMIUM BEAUTIFUL
  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
    • Bagus nie. Mendorong proses metabolisme. Knowing me, I nie kan jenis kesusahan teramat okay nak buang air besar/ berrrr. Serious. Average I pegi toilet untuk berrr is 3 or 4 hari sekali. Haih. Si busuk. Suka tau nak menyimpan lama-lama. Patut lar gemoks! Makan jer, buangnyer idak.. :P
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
    • Yes! Tahan lama. Harus lar kan. Mahal kot. Maner pernah I beli lingerie harga riban-riban. Ehehehee..
  • Kuasa regangan dalam semua hala, dapat diregang secara 360darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
    • Nie betul lar. Corset nie ketat tau. Serious ketat nak mam! But somehow it can fits me well. Means once I managed to pakai corset nie I akan rasa okay jer. Kuasa regangan ler kot namanya tu. Kot baju lain yang size kecik tu, I try jugak pakai mau koyak jawabnyer kan. Hehehe.. Dasar perempuan gemoks!
  • Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.
    • Kekenyalan dan ketegangan brest tu I suka. Tapiiiii... Part yang nak menggiatkan tumbesaran breast tu I musykil sikit. Cukup-cukup lar besar nie jer. Berat tau tak nak bawak ke hulu ke hilir. Hope so takde lar tumbesaran tu berlaku yer. Okay cepat doa. .....Amin.
Haaa.. Begitu lar sedikit sebanyak pasal jenis dan kualiti kain corset PB nie. Bagus kan. Takpe-takpe. Nanti I dah dapat nampak hasilnya baru tau. Consider I nie bahan experiment lar. Boleh lar. Janji kurus. Bukan senang nak jadik perempuan cantek weyyyy!!!

Okay, now Bahasa Omputih lak. Kot lar susah nak paham baca bahasa melayu kan. Nahh!! Hambek!! Ehehehe..

MATERIALS USED TO MANUFACTURE PREMIUM BEAUTIFUL
  • Cut based on the body's three dimensional design using stereoscopic infrared rays for absolute presicion and delicacy. It helps blood circulation and metabolism creating complete synergy with the human body.
  • Excellent in absorbing sweat and allowing air circulation. It can be washed with ease while retaining its durability over time.
  • Can be stretched in all directions, its 360degree elasticity fully accommodates the body's activity without losing any of the original shape.
  • The infrared rays help improve the elasticity and firmnerss of the breasts while promoting their development.
Dah. Mari sambung kerja opis. Sempat lagi kan I update sal PB nie kan. Saja. Kan I cakap mood excited nak kurus. Hahahaa.

To be continue. Daaa Allssss...

Saturday, March 5, 2011

Day 1 - Fuhh..!! Sesak nafas I..

Helo blogger,

Setelah sekian lama I membuat survey and research berkaitan PREMIUM BEAUTIFUL nie, akhirnya I berjaya jugak membeli 1 set untuk diri sendiri. Impian untuk jadik perempuan cantek adalah sangat mendorong I untuk beli jugak set nie. At first memang teragak-agak jugak nak beli set nie. Al maklum lar kan, mahal kot.. RM2400++.. Haihhh.. Nak cantek punya pasal I pejam mata jap beli jugak set nie.

Okay, actually tujuan utama I ke Kajang hari ni is nak visit new born baby kawan I at Kajang Plaza Medical Centre. Then, alang-alang dah sampai Kajang, I terus called Kak Ija untuk ambil set PB yang I dah beli haritu. Owh forgot to mention that Kak Ija dah datang pon nak hantar kat officeI few days ago. But happened to be size cam agak tak kena dengan badan I yang tersangat lar gemok nie. So, Kak Ija have to go back to the HQ or selling centre and take different size for me.

So, dipendekkan cerita, I pon try lar set PB nie for the second time. This time different size. Yes! It fits me well..!!!

1st thing yang I pakai is SELUAR DALAM PANJANG (LONG GIRDLE). Mak aiiii, kotat seyyy.. Kak Ija ajar I how to make it easy to wear on. Mula2 nak masuk sangkut kat bahagian peha ayam I nie. Hadoiiiii... Kak Ija tolong I naikkan seluar tu sampai atas. Melompat2 gak lar I nak pakai. Once dah pakai sampai atas, fuhhh legaaa.. Takde lar ketat sangat. Okay lar..

2nd thing lak is COLI PANJANG (LONG BRASSIERE). Okay. Yang nie sumpah susah nak pakai sendirik. Kak Ija said husband die yang akan tolong pakaikan setiap pagi. Alaaaa.. I tak kawen lagi.. I takde husband.. Caneeee?? Ahahahaa.. Kak Ija bagi lar tips kat I camner nak pakai sendiri benda nie. Okay lar. I managed jugak to pakai sendiri. Agak kesusahan ok nak kancingkan bra nie. Bra I selalu pakai cam senang jer nak pakai. Okay, perasaan selepas pakai bra panjang nie yer? Sangat tegak okay badan I. Betul-betul membentuk postur badan kot benda nie.

Now, the last one is BENGKUNG PINGGANG (WAIST NIPPER). Last time I tried tu agak besar, so this time I tried 1 size smaller. Feeling kurus kan. Okay. Benda nie senang seket nak pakai. Dah siap kancing semua, perasaan adalah sesak napas.. Hadoi. Ketat seyyyy.. Kak Ija kata tahan sebab badan kita baru nak sesuaikan dengan bentuk PB nie. Okay bertahaaaannn. Nak cantek bukan mudah Azie. :P

Okay. Esok I update perasaan di hari ke-2 pakai PB korset nie k. Doa lar I rajen. ahahahaa.. Okay bye! Tido!

Ehhh!! Choppp!! Nak kena update latest photo I kan. Nak tengok perubahan mesti kena ada photo sebelum dan selpeas kan. Okay. Sila gelakkan I secara berjemaah. Gemok!!! Damn!!! Photo nie I curik dari FB cik Anis Shasha tersayang. Mase nie I attended gathering kesayangans secondary school I. Dah. Sila tengok photo I pastu gelak.

PREMIUM BEAUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL


PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL
Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.


Ia memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Set pakaian dalam PREMIUM BEAUTIFUL yang terdiri daripada coli panjang, bengkung pinggang dan seluar dalam panjang ini diperbuat daripada 32 lapisan fabrik yang berteknologi tinggi dan canggih yang dipanggil Akwatek dan Akwadye yang sebati dengan air, diisitepu (impregnant) dengan gam dan mineral dan dipancarkan (emitted) dengan Gelombang Infra Merah Jauh (Far Infrared Ray).
Ia adalah hasil gabungan kepakaran teknologi dan penyelidikan global pakar saintis dan perubatan Amerika Syarikat, Jerman, China, Jepun dan Taiwan.

Ia adalah amat baik untuk melancarkan perjalanan darah serta penghantaran nutrien ke seluruh badan dan pengeluaran bahan buangan yang lebih efisien.
Set pakaian ini adalah diiktiraf oleh Persatuan Tulang Belakang di Amerika Syarikat (Superbrand).