Thursday, July 28, 2011

Happy Friday

Hye ooolllssss..

Eh! Silap. Assalamualaikum W.B.T.

I sekarang berada di perumahan abah dan mak tercinta. Awal kan I bangun. Sumpah sejuk macam ais gila rumah nie. Tue yang tak larat nak tidur bangun tidur bangun. Mesti tak paham kan. Bila sejuk I akan selalu kena g toilet. Small business jer lar. Then I akan continue tidur. Akan tetapi kalau dah sejuk sangat, I akan terpaksa pergi toilet beberapa kali. Then terus tak bley nak tidur dah. Ahaahaha.

I bangun dah tadi, then terus kemas2 rumah. Rajin kan I. Carik2 mak I mana ntah. I kemas jer lar. Ala, bukan kemas mana pon. I sapu2 sikit. Then panaskan bubur durian, maksu I masakkan. Yer lar pagi2 nie kan selalu kelaparan. Plus, untuk orang yang berdiet macam I, sarapan pagi adalah satu kewajipan. Tak boleh skip. Eleh, I cakap jer pandai. Selalu I skip jugak. Sebab tak sempat tau nak makan pagi2. I nie bangun awal sgt nak g keje kan.

Okay, sambil sarapan tadi I tgk movie. DVD cetak rompak. I rasa adik I beli kat pasar malam mana2 ntah ler. Ahahaha. I tengok cerita SEKALI LAGI. Okay lar. Takde lar best sangat. It's just that I suka tgk budak kecik yang comel lote itu. Sapa ntah namanya. Ahaha. Jap, I google jap gambar die ek. Muka I tau. Nama ntah laaa.. Jap eh.


Haaaa. Tu. Yang budak kecik dalam gambar di atas. Cute kan dia. Okay fine! Loser kan I sebab taktau nama die. She is quite famous young star I guess. Ehehe.

Okay, I malas nak buat review cerita tu boleh? Ehehe. Tapi pada I cerita cenggini tak worth lar kalau gi tgk kat cinema. Ala, senang u olls amek jer Astro First tu jer. Cam aritu, adik2 I amek cerita Kongsi kat Astro First jer. Senang. RM15.00 I rasa. 1 family boleh tgk. Kalau nak gi cinema, 1 tiket dah RM10.00 lar average. Pastu kalau nak bawak ramai2 sekampung matik lar nak bayar kan. So, I guess, Astro First ialah pilihan terbaik lar untuk tontonan seisi keluarga. Eh! Takde. I bukan dibayar oleh Astro untuk cakap baik2. Ahaha. Ini adalah pendapat ikhlas I yang baik hati pernah tgk and guna Astro First.

Okay dah. Mesti jap lagi mak ajak gi tgk opah kat Hospital. I mengundurkan diri yang busuk ini dahulu. Mahu mandi bunga. Ahahahahaha. Bye. Eh! Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment