Thursday, April 7, 2011

Day 33 - Godaan Mamee Sllrrpp Kari Xtra Pedas

Slllluuurrrppp!! Yuuummmyyy!!!
Ehehehee..
Buuurrrppp!! Alhamdulillah... :)

Yer kawan-kawan sekalian. I baru lepas mencekik mee segera. Ala.. Susah lar nak cakap mee segera.. I biasa cakap maggi. Walaupun I tak makan pon cap Maggi. Tapi still I panggil maggi jer semua jenis mee segera pon. Eleeeeeehhh!! You all pon sama kan.. Cakap maggi jugak kan... Wek wek!!

I baru sampai rumah tau around 10.00 pm gitu tau. Sampai jer terus gi mandi mewangikan diri. Ehehehe. Pas mandi call mak jap. Borak-borak jap. Sian mak I tau. Die jatuh kat bathroom malam tadi. Tu pon antu gigi yang bagitau.. Eh! Antu gigi tu is adik perempuan I tau. I panggil die antu gigi sebab gigi die besar. Ahahahhaaa.. *gelak jahat*

Owh! Okay sambung lik. Lepas borak ng mak I kan, then perot I cam dah nyanyi lagu keroncong dah. Pastu bertukar jadik lagu Matahari Agnes Monica. Pastu tukar lagu Back to December Taylor Swift tu. Pastu hambek kau, terus tukar lagu Amy Search pujaan hati Kak Zila, head unit I. Ahahhaa.. Apakah maknanya??? Maknanya ialah perot I mintak diisikan. Hadoiiii!! Rosak diet I tau. I cam bertahan lar. Dalam otak pikir nak minum air kosong sebanyak yang boleh untuk memenuhkan perut then terus tido kan.

Tgk tumbler dah kosong. I pon turun lar kitchen rumah I. Konon nak g refill air jer nie. Sekali cam syaitan nirrajim datang melintas dalam otak I. Hasut I suruh bukak kabinet tempat food stock kitorg. Arghh!!Stok maggi semakin bertambah. Punya lar lama I tak ke kitchen dah kan. Wanita bekerjaya lar katakan.... Ahahhaa..

Okay. Pastu masak lar maggi. Eh! Mamee Slllrrpp Kari Xtra Pedas tu.. Ala.. Yang wrapping die kaler itam. Alaaaa.. I tak pernah pon makan. I beli masa I g Jusco AU2 dengan housemate I. I nie kan suka benda2 free yang come together nga aper yang kite beli kan. Pastu masa tu ader jual maggi tu sebungkus yang besar tu dapat free plastic bowl kaler kuning yang sangat comel. I pon beli lar.

Pas masak kan. Then makan. Sumpah sedap. Tambah lak I letak telur sebiji. Potong cili lagi. Sangat sewel kot otak I. Dah sawan kot. Sumpah pedas gila babeeee.. Tapi sedap. I tak suka sangat maggi kari sebenarnya tau. I suka tomyam. Tapi yang nie cam sedap. Serious sedap. Sila lar esok pegi beli kat kedai. Weyy! Murah jer kot. Takyah tunggu bonus pon bley beli. Hahahaha!! Kak Oyein and Ayob mesti paham maksud I nie.. Ahahahhahaaaaa..

Okay dah. Perot adalah boncet sekarang. Perasan menyesal menghantui jiwa. Bencik kan. Hadoii. Kene tunggu 2 jam baru bley tido.. Nie pon I berlari setempat dalam bilik. Ader lar 5 minit. Pastu rase cam orang gila. Tu yang bukak blog nie. Pastu post entry nie. Ahahahhaa..I tau you all rindu kan ngan hasil coretan I nie.. Haippp!! Tak baik tipu.. ahahahaa...

Okay lar. Aper nak mengarut lagi pon taktau lar..

Akhir kata. Wweyyyy!!! Tak bley akhirnya lagi.. Jap jap.. Tadi kan. Lepas I balik dari office kan. I terus gi Jusco AU2 jap. Mesti ramai tanya napa yang asik tempat tu jer kan. Haihh. Dah beberapa langkah jer Jusco tu dari rumah I. Kat situ jer lar tempat I pegi. Senanggg..

Haaa! Semua tau kan sal yang budak2 AF9 nyer kelas/rumah tu kat situ. Sumpah I terkejut. Selalu kalau I pegi Jusco tu mesti cam senyap jer. Sebab Jusco tu kurang orang datang. Pastu kan, tadi dari jauh dah nampak lampu warna-warni dahhh. Pastu nak carik parking pon susah. bencik. I masuk lar kan. Pastu ternampak ramai manusia dok tengok2 kan. Rupanya memang cam aquarium tau kelas diorg buat tengah2 Jusco tu. Hahahaha. Kelakar. Diorg tak rase awkward ker haaa? Yer ah. Tadi kan mase I lalu tu tengah kelas tarian Cikgu hape ntah namanya tu kan. Eh! Bukan Linda Jasmine. Nie laki. Hape ntah. Pastu kan budak2 tu cam terkinja2 lar kan berlatih menari kan. Pastu tak rase segan ker hhaaa? Haihhh! Tak paham lar I aper konsepnya. Ahahhaa..

Okay lar. Dah boleh akhirnya dah.. Bye. Ahahhahaaa... Tiba2 kan. Bye. Muah!

Eh! Ader lagi. Nie I letak sekali lar gambar mee segera tu yer kawan2. Kang ader yang terpikir2 tak tido malam kang cemaner rupa mende alah tu kan. Nah! I tak snap pon. I curik kat google jer gambar nie. Hehehehee..

I dah paste kat sini baru I perasan ader name blog yang punya gambar nie. Lantak ah. Malas tukar. Sorri tuan blog itu. Ahahhaa.

Okay! Sambung exercise laju2. Bye!