Friday, July 29, 2011

berduyun-duyun

Assalamualaikum w.b.t.

Hye bloggie.

I bangun pagi hari ni tau. Pukul 8 pagi mak I dah masuk bilik I suruh bangun. Nak ajak keluar breakfast katanya. Ehehe. I tak bangun terus lar macam biase kan. I suruh mak I pegi mandi dulu. Sementara mak I pegi mandi, dapat jugak I tidur lagi kan. Melepaskan rasa mengantuk tu kan. Ahahaha.

Okay then I bangun tau. Pegi lar toilet semua. Then siap2. Tukar baju. Makeup mana yang patut. Eh! Bukan makeup aper pon. Just pakai BB cream and lip gloss and I'm ready to go.

Okay, dah start engine kereta semua tu kan, kakak I kata jom pegi makan kat kedai mee kari famous kat Bidor tu. Namanya Mee Kari Ramli, Bidor. Then off we go.


Nie gambar hiasan. Thank you Google.

Sampai jer kat kedai tu, makaihhhh berduyun-duyun manusia. Sumpah ramai. Kereta parking sepanjang2 jalan tu tau. Kedai nie pulak happened to be dekat betol2 tepi jalanraya and simpang nak masuk tol Bidor tu. Tapi rezeki I kan, ada parking betol2 depan pintu kedai tu. I pon terus lar mencelah. Parking lar kereta comel I di situ.

Then kitorg masuk kedai tu. 5 of us. Mak, kakak, maksu, cousin I, and I lar. Masuk jer kena berdiri tunggu kot ada sesape yang dah abes makan. Yer lar. Confirm lar penuh manusia. Dah kata berduyun-duyun orang kan. Tapi rezeki jugak tu, ada orang baru nak bayar. Kitorang terus pergi cop lar tempat orang tu.

Then order2 semua bagai kan. Dalam 15minutes lar lebey kurang, sampai lar makanan kitorg. Mak makan mee sup, kakak and cousin I makan mee kari, last but not least I makan mee kicap. Maksu I takmau makan. Die minum jer. Then kan perot dah berbunyi kebuluran kan. Terus lar kitorang makan.

Weyy, takde lar sedap mana pon. Sumpah. I rasa biase sangat. Tapi I cam musykil kenapa yang ramai sangat manusia kat situ. I tanya mak, kakak semua kata tak sedap pon. Tapi pelik kan kenapa ramai sangat orang. Sampai ada yang sanggup datang makan tu beratur lama gila.

Haa, tu jer yang I nak cakap. Moral of the story, orang berniaga nie mesti ada doa ker tangkal ker untuk tujuan daya penarik. Kan.

Okay Bye. (sungguh tak best endingnya kan)

tidur petang dan mimpi pelik

Hello Bloggie..

Okay fine. Terus menuju ke arah tajuk di atas. Iskh. Penggunaan ayat Bahasa Malaysia yang sangat tidak teratur. Al maklum lah, dah sekian lama tidak menulis karangan kan. Rindu kan zaman sekolah dulu. Selalu kena buat essay. Bahasa and English. Ahahaha.

Haa. Tadi petang I tidur tau. Mak selalu bising kalau I tidur siang. Especially kalau dah nak senja. Tapi tadi, mak I takde. Die keluar dengan adik I pegi klinik rasanya. Then, tu memang peluang I lar nak tidur siang kan. I pon terbongkang kaki terkangkang lar tidur kat depan tv.

Okay, nie nak cerita nie. I kan mimpi ular. Ular yang kepala kembang tu datang kejar I. I tak ingat berapa ekor ular tau. Lebih dari seekor lar pastinya. Ular2 tu kejar I tau. I lari dan lari. Pada masa yang sama, I nak terberak dan mandi. Macam I ngah carik2 toilet tau. Ala cenggitu lar lebey kurang.

Pastu kan, ular tu kan kejar I kan. Pastu dalam mimpi I tu ada 3 orang budak kecik tau kena patuk. Sebenarnya ular tu nak patuk I, tapi I lari laju2. Walaupon gemok I tetap boleh lari laju tau. Ahahaha. Yang paling I ingat budak ke-2 yang kena patuk tu is girl. I tak nampak muka. Ular tu patuk kat private part die. Sian. Dia mati rasanya. Ntah lar. I kan lari dan lari masa tu kan.

Lari punya lari terus I cam jumpa toilet nak berak dan bilik mandi kan. Pastu I terjaga. Ntah hape2 kan. Ahahaha. Then I terus tersedar dr tidur. Sumpah rasa ada sedikit scary tau. Bangun jer I terus capai Blackberry tercinta I tau. Terus surf tenet pasal tafsir mimpi nie. Byk lar pulak tafsirannya. Ada 2 jer kesimpulan tafsiran yang I rasa jelas iaitu:

1) Ada orang nak masuk meminang - Pelik jer. Sebab Bukan I yang kena patuk. Masa baca yang nie, I terus cam syahdu di dalam hati. I macam terpikir, mungkin ada orang nak datang pinang adik I ngan  anak sedara I kot. Pastu I akan jadik andalusia sebab I kan tak kena patuk. Meaning I takde orang nak datang pinang. Tau lar I gemoks. Damnn!!!

2) Sihir. Meaning, ada orang nak hantar sihir kat kita. Kalau kita yang kena patuk maksudnya sihir orang tu tak menjadi. Tapi kalau tak, sebaliknya. Sihir yang dihantar pada kita tu sudah terkabul. Paham tak? Scary kan. Bencik tau main sihir2. I takda tau cari pasal ngan orang rasanya. Tapi betol ker yang nie eh? I try lar goole byk2 pasal tafsiran Islam. Byk gak pasal ustaz2 nyer pendapat.

Pelik kan. Masa lepas I dah abes google tu I mandi. Then mak ngan adik pon dah balik. I pon terus tanya mak I. "Mak, kalau kite mimpi ular patuk tu apa maksudnya?". Mak I jawab sambil muka tersengih2, "itu tandanya ada orang nak masuk meminang.." Cam biasa lar. Mak I selalu bising2 suruh I cepat kawen. Konon semua kawan2 I dah kawen. Ahahaha. I takde perasaan nak kawen lagi. Caneeee?

Okay lar. Disebabkan tadi I dah tidur siang, terus mata I segar bugar. Nie taktau nak buat apa lagi. Stalk fb orang lar. Pastu blog-walking. Pastu taktau dah nak buat apa dah. Okay. Till next time. Muah!

Thursday, July 28, 2011

Happy Friday

Hye ooolllssss..

Eh! Silap. Assalamualaikum W.B.T.

I sekarang berada di perumahan abah dan mak tercinta. Awal kan I bangun. Sumpah sejuk macam ais gila rumah nie. Tue yang tak larat nak tidur bangun tidur bangun. Mesti tak paham kan. Bila sejuk I akan selalu kena g toilet. Small business jer lar. Then I akan continue tidur. Akan tetapi kalau dah sejuk sangat, I akan terpaksa pergi toilet beberapa kali. Then terus tak bley nak tidur dah. Ahaahaha.

I bangun dah tadi, then terus kemas2 rumah. Rajin kan I. Carik2 mak I mana ntah. I kemas jer lar. Ala, bukan kemas mana pon. I sapu2 sikit. Then panaskan bubur durian, maksu I masakkan. Yer lar pagi2 nie kan selalu kelaparan. Plus, untuk orang yang berdiet macam I, sarapan pagi adalah satu kewajipan. Tak boleh skip. Eleh, I cakap jer pandai. Selalu I skip jugak. Sebab tak sempat tau nak makan pagi2. I nie bangun awal sgt nak g keje kan.

Okay, sambil sarapan tadi I tgk movie. DVD cetak rompak. I rasa adik I beli kat pasar malam mana2 ntah ler. Ahahaha. I tengok cerita SEKALI LAGI. Okay lar. Takde lar best sangat. It's just that I suka tgk budak kecik yang comel lote itu. Sapa ntah namanya. Ahaha. Jap, I google jap gambar die ek. Muka I tau. Nama ntah laaa.. Jap eh.


Haaaa. Tu. Yang budak kecik dalam gambar di atas. Cute kan dia. Okay fine! Loser kan I sebab taktau nama die. She is quite famous young star I guess. Ehehe.

Okay, I malas nak buat review cerita tu boleh? Ehehe. Tapi pada I cerita cenggini tak worth lar kalau gi tgk kat cinema. Ala, senang u olls amek jer Astro First tu jer. Cam aritu, adik2 I amek cerita Kongsi kat Astro First jer. Senang. RM15.00 I rasa. 1 family boleh tgk. Kalau nak gi cinema, 1 tiket dah RM10.00 lar average. Pastu kalau nak bawak ramai2 sekampung matik lar nak bayar kan. So, I guess, Astro First ialah pilihan terbaik lar untuk tontonan seisi keluarga. Eh! Takde. I bukan dibayar oleh Astro untuk cakap baik2. Ahaha. Ini adalah pendapat ikhlas I yang baik hati pernah tgk and guna Astro First.

Okay dah. Mesti jap lagi mak ajak gi tgk opah kat Hospital. I mengundurkan diri yang busuk ini dahulu. Mahu mandi bunga. Ahahahahaha. Bye. Eh! Assalamualaikum.

Tuesday, July 26, 2011

Tiada tajuk.

Assalamualaikum w.b.t. ehem..ehem.. *batuk*

Good day ooolllsss..!!! *jerit dgn suara annoying*

Lama kan I tak update blog I nie. Da banyak sgt habuk berterbangan kat blog nie. Nasib baik takde spider dtg hinggap. Eh. Betul ker kata kerja yg I guna tu? What everrr.

Sebenarnya ada banyak sangat benda yang berlaku kat hidup I sepanjang I menghilangkan diri. Cewwaaahhh!! Ayat taknak kalah tau. Ahahahaa.. Nanti lar I update satu persatu. Doakan jer lar I kurus rajin okayyy.

Eh. Sebelom nie, sila menatap lar wajah I yang ayu jelita setelah sekian lama menghilangkan diri dari dunia blogging nie. Eh jap. Mana pendrive I? Alaa!! Tertinggal kat pc kat office. Masa balik lupa sebab takut kelam kabut nak balik. Okay letak gambar lain lar. Naahh!


Hahahaa! *gelak jahat* I suka gambar tu. I malas nak copy and paste gambar dr fb I. Pergi lar tengok sendiri fb I. Ada lar sekeping dua gambar I yang terkini. Cewahh! Ayat baku tau.

Okay. Dah. Continue. First thing first pasal diet I kan. Aritu da turun sikit dan sikit. Pastu something happened to me. Health issue. As a result I terpaksa berpuasa daripada memakai PB corset I yang menjahanamkan duit I tercinta tu selama at least 6 months. Lama kan. Kejam tau. *nanges*

Iklan jap==> Apsal I enter-enter tapi cursor nie takmau g ke bawah eh? Iskh. Ker blog I pon dah merajuk dgn I ek? Hisshh! Tak suka lar. Jahat tau. *sambil buat gaya perempuan gediks*

Haaa!! Betol lar. Bila I enter, benda alah nie taknak pergi ke bawah. I kena click guna mouse I. Argghh!! Mati lar. Malas I pikir kenapa. Ehehehee. *sengih*

Sebenarnya I tengah blogwalking just now. Pastu tiba2 "tiiiinnngggg". Ehehe.. Suspen jer kan. Tak ah. Maksud "tiiiinnngggg" tu is I tiba-tiba teringat I ada blog yang telah terabai hampir beberapa bulan. Terbiar usang begitu saja. Dimamah usia. Ahahahaa. Sungguh tak menjadi.

Bila buat ayat sastera merepek-repek nie mesti I teringat bestfriend I masa zaman sekolah dulu. Nora Diana nama die. Taktau lar die ingat tak phrase nie "BUKAN MENGUNGKIT, TAPI MEMBANGKIT". Ahahahaa.. Sumpah kitorg gelak guling-guling kalau baca ayat tu. Kalau tak silap I tu liriks lagu tau. Tapi I tak ingat lar betol tak. Ker kitorang baca surat cinta kakak dorm kitorang ker. Haaa.. I tak bagitau eh? I pernah duduk asrama tau. Kira bukan kategori anak mengada manja lar I nie. *muka bangga sambil angkat2 kening* Ngeh ngeh ngeh.

Iklan lagi==> Eh!! Dah okay lar enter nie. Bila I enter, pointer ker hapa nama dia tu dah boleh ke bawah. Ahahaaha.

Sebenarnya I takde topik pon nak bebel apa malam ni. I dah mengantuk sebenarnya. Tapi perot I sakit terlampau. Period pain. Sakit gila wey. Sumpah rasa nak tercabut pinggang nie menahan sakit. Kaki macam nak tertanggal. Extreme kan. Saja jer. Overwhelmed. I malas nak makan pain killer. Kang mmg die akan meng"kill"kan sakit I. Bukan tu jer, dgn period I pon die meng"kill"kan sekali. Apakah kaitannya? Maksudnya period I tak keluar. Tersekat. Kang jadik lagi ketumbuhan dlm ovari kang. Eh! Terlepas cakap. Alaaaa. I baru nak kasik surprise dalam entry akan datang pasal tu. Ahh! Ummmm!! Ummm!! Hmmmpphh!! *mulut kena zip*

Iklan lagi==> jadik problem yang tak boleh turun ke bawah tu lagi. Ahh! Bencik lar! Bye! Tiba-tiba kan. Ahahahaa..

Nak tidur lar. Penat cakap sorang-sorang. Okay Bye. I love you. I miss you. Muah muah! Gediks kan. Ahahaa. Zzzzz. Krroohhh krrrooohhh. *buruk perangai*