Friday, July 29, 2011

tidur petang dan mimpi pelik

Hello Bloggie..

Okay fine. Terus menuju ke arah tajuk di atas. Iskh. Penggunaan ayat Bahasa Malaysia yang sangat tidak teratur. Al maklum lah, dah sekian lama tidak menulis karangan kan. Rindu kan zaman sekolah dulu. Selalu kena buat essay. Bahasa and English. Ahahaha.

Haa. Tadi petang I tidur tau. Mak selalu bising kalau I tidur siang. Especially kalau dah nak senja. Tapi tadi, mak I takde. Die keluar dengan adik I pegi klinik rasanya. Then, tu memang peluang I lar nak tidur siang kan. I pon terbongkang kaki terkangkang lar tidur kat depan tv.

Okay, nie nak cerita nie. I kan mimpi ular. Ular yang kepala kembang tu datang kejar I. I tak ingat berapa ekor ular tau. Lebih dari seekor lar pastinya. Ular2 tu kejar I tau. I lari dan lari. Pada masa yang sama, I nak terberak dan mandi. Macam I ngah carik2 toilet tau. Ala cenggitu lar lebey kurang.

Pastu kan, ular tu kan kejar I kan. Pastu dalam mimpi I tu ada 3 orang budak kecik tau kena patuk. Sebenarnya ular tu nak patuk I, tapi I lari laju2. Walaupon gemok I tetap boleh lari laju tau. Ahahaha. Yang paling I ingat budak ke-2 yang kena patuk tu is girl. I tak nampak muka. Ular tu patuk kat private part die. Sian. Dia mati rasanya. Ntah lar. I kan lari dan lari masa tu kan.

Lari punya lari terus I cam jumpa toilet nak berak dan bilik mandi kan. Pastu I terjaga. Ntah hape2 kan. Ahahaha. Then I terus tersedar dr tidur. Sumpah rasa ada sedikit scary tau. Bangun jer I terus capai Blackberry tercinta I tau. Terus surf tenet pasal tafsir mimpi nie. Byk lar pulak tafsirannya. Ada 2 jer kesimpulan tafsiran yang I rasa jelas iaitu:

1) Ada orang nak masuk meminang - Pelik jer. Sebab Bukan I yang kena patuk. Masa baca yang nie, I terus cam syahdu di dalam hati. I macam terpikir, mungkin ada orang nak datang pinang adik I ngan  anak sedara I kot. Pastu I akan jadik andalusia sebab I kan tak kena patuk. Meaning I takde orang nak datang pinang. Tau lar I gemoks. Damnn!!!

2) Sihir. Meaning, ada orang nak hantar sihir kat kita. Kalau kita yang kena patuk maksudnya sihir orang tu tak menjadi. Tapi kalau tak, sebaliknya. Sihir yang dihantar pada kita tu sudah terkabul. Paham tak? Scary kan. Bencik tau main sihir2. I takda tau cari pasal ngan orang rasanya. Tapi betol ker yang nie eh? I try lar goole byk2 pasal tafsiran Islam. Byk gak pasal ustaz2 nyer pendapat.

Pelik kan. Masa lepas I dah abes google tu I mandi. Then mak ngan adik pon dah balik. I pon terus tanya mak I. "Mak, kalau kite mimpi ular patuk tu apa maksudnya?". Mak I jawab sambil muka tersengih2, "itu tandanya ada orang nak masuk meminang.." Cam biasa lar. Mak I selalu bising2 suruh I cepat kawen. Konon semua kawan2 I dah kawen. Ahahaha. I takde perasaan nak kawen lagi. Caneeee?

Okay lar. Disebabkan tadi I dah tidur siang, terus mata I segar bugar. Nie taktau nak buat apa lagi. Stalk fb orang lar. Pastu blog-walking. Pastu taktau dah nak buat apa dah. Okay. Till next time. Muah!

1 comment: