Monday, March 7, 2011

Day 3 - Sampai ke dagu weyyy..!!

Selamat Hari Isnin Semua.

Ahahahaa.. Sgt skema okay berbahasa baku. Feeling anak sedara A.Samad Said. Ahahaha..

I baru balik kerja, and mandi, and of course lar wangi. :P

Biase ah, I mesti nak update perjalanan menguruskan badan I bersama Premium Beautiful corset nie kan. Hari ni pon I akan cerita pasal corset nie jugak. Sebenarnya kalau nak bagitau pasal facts PB corset nie memang banyak wey. Tapi I malas lar nak tulis facts. Sebab I rase semua orang yang ada pakai corset nie pon asik sebut sal facts kat blog diorg. Lain kalai kalau I rajen I update lar pasal facts corset nie. ehehehee.. Kat sini I lebih suka bagitau or ceritakan or maybe merepekkan pasal aper yang I rasa. Lebih ikhlas I rasa sebab I bagitau pengalaman sendiri. :P

As usual hari nie kan Isnin. Keja. Monday Blues. Datang lewat kat office. Ahhh..!! Name it. Semua tu adalah perangai busuk I. Ahahaa. I memang suka tidur tau. sumpah kenikmatan okay tidur. Tapi kan. Tapi kannnn.. Hari ni I bangun awal. Mak kejut around 7a.m. Eh! I pernah bagitau tau yang mak I memang jadik alarm clock I pagi-pagi. Setiap pagi, weekdays lar, mak akan call handphone I tepat kul 7 pagi. Sebab mak risau I lambat pegi keje. Tapi sbenarnya lepas mak call tu I bantai tidur krooohhh krroooohhh balik. Masa cakap dgn mak tu I buat lar suara segar-segar sikit. Ahahahaa.

Okay, hari ni mak terlambat called I. Around 7.30 a.m baru die teringat katanya. Lepas mak called I terus mandi. Semangat weyyy!! Nak pakai corset PB nie bukannya sesenang makan kuaci. Berpeluh tau nak pakai. Saja jer. Maksud tersirat ialah I gemok. Okay fine. I gemok. Damn!

Dah siap semua then driving to office. Masa tengah drive tu I terpaksa tegakkan seat kereta I. Sebab badan I kan macam robot, tegak jer bila dah pakai corset nie. Haihhh! Okay. Biasa lar KL nie kan sinonim dgn traffice jammed kan. So, stuck lar dlm jammed. I tak main keji tau harini. Tenang jer I drive. Selalu tu macam kalai I bawak kereta sebab dah terlewat g office.  Pastu kan, masa tgh dok stuck dalam jammed tu I rase semacam. Sumpah wey! Sampai ke dagu I rase! Tidak!! Sangat tegak okay. Haipp! Kakak-kakak office I paham kot aper yang cuba I nyatakan di sini. Ahahahhaa.

Sampai office, I parking kereta semua kan, i pon berjalan lenggang kangkung g office. kan. I cam terasa jer orang sekeliling yang tgh duduk minum kat kedai mamak tu tgk I semacam. Damn! Obvious sgt ker? Tidak!! I jalan laju-laju pastu sampai jer office I terus pakai blazer. Yes! Dapat meng"cover". Ahahaha.

Lagi nak update apa ek? Hmmm.. Owh yer. Pasal makan. I sejak January 2011 nie I memang nekad nak diet kan. So, makanan rutin I setiap hari untuk lunch ialah bihun sup sayur. Tapow jer kat food court office I tu. Selalu I beli buah sekali tau. Hari ni pon itulah makanan lunch I. Tapi kan...I tak berjaya habis. I baru makan 2 3 suap bihun tu I rasa penuh sgt-sgt dah perut I. Last, manager I cakap, "Esok Azie beli sup sayur jer. Bihun takyah." Sebab I mampu telan sayur ng sup jer. Bihun nak termuntah I bila try telan. Sila lihat bukti di bawah yer.

Nie masa baru nak start makan yer rakan-rakan.

Nie mase dah settle makan.

Owh yer. Jiran sebelah cubicle I, Si Saprin ada bagi I cam menu untuk diet. Cam jadual nak diet gitu. Die pernah buat sebab die sportsman. So, kan diorg kena jaga badan kan. Tengok lar gambar kat bawah nie. Siap die tolong photostatkan untuk I. I lak berkongsi ilmu nie ng kakak-kakak office I. ehehehee. Mari berkurus bersama!




Okay tu jer lar. Eh! Eh! Postur badan I masa duduk kat work station I sgt ayu okay. Sebelum nie I bongkok sana, bongkok sini. Bersila atas kerusi. Macam-macam lar cara duduk tak keayuan I buat. tapi hari ni I tegak jer. Ahahaha. Cantek lar badan haku pasni! Ahahaa..

Lepas offie hour tadi I sempat g gym. Mengeluarkan peluh sekejap. Haih! tolong lar cepat kurus.

Okay dah. Sila bertidur. Selamat Makan Semua. Eh silap! Selamat Malam Semua. :P

No comments:

Post a Comment