Hello All,
Bertemu kita lagi di dalam rancangan.. Azie Nak Kurus.. Ahaha. Sengal. Okay, sudah Azie. Sila kurangkan merepek.
Like what I promise before, I akan update kalau sempat everyday perjalanan I nak kuruskan badan dan menjadi perempuan yang cantek. Harini ialah Ahad dan saya tidak pergi bekerja. Hibernate kat rumah jer. Hehehe..
I woke up early today. Around 9 a.m. I dah terjaga sebab ada kawan called handphone I. I nie memang alert sket dengan bunyi handphone. Kalau bunyi lain I cam tak dengar jer kot masa tido. That's why masa zaman sekolah dulu, mak kejutkan I pagi-pagi nak g sekolah pakai handphone jer. Dia called jer I. Padahal dok 1 rumah. Ahahahha. Mak cakap kalau die panggil I bukan dengar, kalau bunyi handphone laju jer jawab.
Okay mari sambung cerita kurus bersama PB corset.
After bangun tido I terus mandi and settlekan laundry I yang dah bertimbun macam Gunung Kinabalu tu. Dah 2 bakul penuh melimpah ruah. Haih! Well, I kan wanita bekerjaya. tak sempat nak do laundry semua nie. Ahahahaa. Alasan paling best untuk orang malas.
Okay, sambil-sambil washing machine menjalankan tugasnya I pon dah settle mandi. Sebenarnya I teragak-agak gak nak pakai ker tak PB corset nie harini. Yer lar. Kan hari minggu. Dok umah kadang-kadang tu malas nak pakai baju cantek-cantek kan. Pakai sleeveless ng short sudeyyy. But, okay lar. I pakai jugak. I pakai sendiri tau harini. Semalam kan Kak Ija yang tolong I pakai. This time sorang kat rumah. Pakai sendiri lar. Takkan I nak kejutkan si Yasmila ng si Anum suruh pakaikan untuk I. Sumpah penat wey!! Berpeluh haku!! I complete pakai the 3 pieces dalam mase 20minit jugak tau. Seriously I kena bangun awal nak g keje. Lama seyyy nak pakai menda nie. Sabo jer lar.
Okay, kan dah siap pakai kan sekarang, tetiba I jadi tegak gila. Sumpah tegak macam robot. I nak tunduk amek benda kat lantai pon sangat kesusahan okay. I menjadi robot. Tidakkk!!!! Mula-mula tu macam rase sesak napas kan, tapi I nekadkan hati untuk pakai 4 jam pon jadik lar eventho Kak Ija kata at least kena pakai 8 jam sehari. I pon cam setkan try sampai 4 jam ok tak. I start pakai around 12pm then I berjaya bertahan sampai 8pm td. hehehehe. Bangga dengan pencapaian diri sendiri. Ahahaha.
Tengok lar gambar I snap selepas I pakai PB corset nie. Sgt gemok okay. Ahahahaha. Peha macam ayam. Haihhh!! tapi bagus tau sebab corset nie kasi shape kat pinggang. Feeling perempuan cantek memakai kebaya. Ahahaha.
Owh, about diet lak. I didn't take breakfast cause Yasmila and Manok (Her Boyfie) masak spagheti and lasagna for lunch. Meriah kan diorg. I turun bawah pastu feeling dok dalam Masterchef Kitchen lak. Ehehehe. Sementara tunggu Yas and Manok siap masak, I sempat cycling sekejap depan tv. Dapat ah 30minit. Keluar jugak peluh. owh, lupa nak cakap, I pakai corset nie ada perasaan panas tau. Serius. Tindakbalas infrared tu ker hape ntah. Pastu ada perasaan gatal-gatal badan sket. Maybe lemak-lemak tepu I sedang terbakar kot. Padan muka kau wahai lemak! Huahahaha! *gelak jahat*
Okay, brunch is ready!! Makan time!! Sumpah semua makanan best giler atas meja. I tengok selera giler tau. Alaaa..Manok ada snap some photos tapi die tak upload lg. Nnt lar I update kot ada gambar-gambar makanan kitorg harini k. Okay, First I makan lasagna. I amek small portion sebab perut I rase senak and sebu. Padahal tak makan pape lg dari pagi. Sebab corset tu pegang ketat badan I kot. Alhamdulillah berjaya berjaya abeskan lasagna, pastu nak try spagheti lak. I amek sikit. Sedap wey! Tapi sumpah tak bley masuk dah. I makan 2 3 sudu kot pastu stop. Manok and Yas jahat suruh I g bukak corset and enjoy the foods. Iman I kuat okay. I tak bukak pon. Ahahahaa.. pastu kan, si Manok nie g buat aper lg ntah kat kitchen kan. Tetiba die dtg bawak vanilla ice cream with berry syrup. Sumpah feeling cam Take Home Chef kat AFC tu. Ahaha. Sedap. Tapi perut I dah penuh. Rase nak muntah. Nak minum air pon tak bley sekaligus.
Lepas makan and kemas meja semua I terus g cycling lg sekali. Kali nie 15minit jer. Diorg gelakkan I and cakap I tegar giler nak kurus. Mesti lar wey. Hudus dah skrg nie gemoks. Pastu tgk tv, surfing internet, buat keje opis, buat makeup module pastu dah kul 8 malam. Bukak corset. Yeaaaa!! rasa lega giler. Bernafas akhirnya badan I. ahahahaa..
For the second day and awal-awal nie confirm lar I pakai hooks yang paling hujung which is yg ke-3. Gemok! Ahahahaa. Tak sabar nak tunggu I dapat pakai hook ke-2 pulak. Tunggu and sabar jer lar...
Okay dah. Esok sambung.
No comments:
Post a Comment