Sumpah awal gila nie. Sebenarnya I terjaga dari tidur yang takde lar lena sangat sebab cuaca yang panas. Ehehe. I nie memang habit, kalau I tidur sedikit awal dari biasa then tengah2 malam mesti I terjaga. Maybe I dah terbiasa tidur beberapa jam jer kalau weekdays. Kalau weekend tu memang I pulun lar tidur. Sometimes tu sampai ke petang tau. Sumpah macam orang koma. Ahaha.
Okay, untuk sesiapa yang close dengan I, family or friends mesti tau hidup I banyak dilanda musibah sejak dua menjak nie. Ahaha. Kalau English tu senang jer kan perkataan nya. Lately. Kalau Bahasa Melayu, semenjak dua menjak. Ahahaha. Ker I yang salah penggunaan tatabahasa. Ahahahahaa.
Okay fine. Sila berhenti gelak wahai Azie. Ehehe. I memang suka gelak. So, tak perlu lar tutup mulut I.
Firstly, in June 2011. Exact date I tak ingat and malas nak check calendar I. Ehehe. I was admitted to Gleneagles Hospital. Sebab? Appendix (please don't mind my spelling as I'm not familiar with the medical term) and also ovarian cyst. Sian kan I. Actually weekend before I hospitalized tu I memang ada rasa sakit tau. But, as usual I akan ignore jer perasaan sakit tu sebab macam I nie selalu sangat sakit perut. So, it was like no big deal for me. Biasanya kalau sakit, I akan makan pain killer then take a nap sekejap. Then bila bangun insyaallah hilang lar sakit tu. Ehehe.
Okay, Monday kan kerja. I pergi office macam biasa. Lunch time tu I ingat lagi yang kitorg (I bersama kakak2 office I lar) pergi mentapow nasi kukus kat 7th floor (food court) office I. Pergh! Sedap dowhhh! I memang makan pedas tau. Tapi masa tu sambal kakak tu masak sumpah super pedas. Macam nak terbakar mulut I rasanya. Okay, lepas makan then buat kerja macam biasa. Then around 4pm gitu I dah rasa tak sedap perut tau. Cam memulas. I pergi toilet. Berry lar apa lagi kan. Dah kata makan pedas tadi. Ahaha.
I kept on pergi toilet berulang kali tau. Sampai lar around 5.30pm kot. Time tu orang AmBank biasanya akan asyik mengerling tengok jam masing2 setiap 5saat. Sebab nak balik lar apa lagi kan. So, masa tu sumpah I rasa sakit yang teramat. I pergi toilet. I duduk kat toilet bowl tu tau. Ada lar dalam 10 minutes kot. Mata I dah gelap. Symptom2 nak pengsan. I duduk diam. Lama. Then bila rasa kuat I bangun. Terus pergi turun 16th floor nak pergi clinic doctor gatal tu. Clinic pulak tutup. Then I naik balik. Masa tu air mata dah kat tepi mata dah. Dah tunggu nak mengalir jer. Sumpah sakit wey. Rasa nak pecah perut I.
Last sekali I memang menangis lar. Masa tu kakak2 nie dah panic lar. So, officemate I, Wan Shahrum and Fadzrul ajak I pergi clinic and at the same time hantar I balik rumah. Baik kan diorg. Okay thank you u olsss!!
So, we went to Clinic Mediviron Setiawangsa. Doctor checked semua, dia kata suspect appendix. Doctor kasi ubat suruh makan. Kalau sakit lagi sila pergi hospital. So, malam tu I balik and makan ubat and tidur.
Keesokan harinya. Jeng jeng jeng. Ehehe. I bangun and rasa sakit lagi. I terus pergi gamble lar to hospital. Gleneagles nie about 5 minutes distance jer dari rumah I. So, sampai jer terus parking then pergi emergency. Masa tu sakit gila. I sorang tau. No friends, no family. All alone. I masuk jumpa doctor. Then doctor did the thorough check up. Then confirm yang I ada appendix and it was swollen masa tu,
Lepas doctor tu confirm kan dia kata I kena operate buang benda alah tu. I ingat lagi doctor tu tanya I datang dengan siapa. I cakap sorang. ehehe. Then doctor tu yang settlekan everything pasal admission I. Mana I tau nak buat apa. I main sign jer apa dia suruh. Then I masuk ward sorang2. Tak lama lepas tu surgeon I, Doctor Mahadevan datang. He explained everything. Bla bla bla. I pon ditolak masuk ke operation theater. Alone tau. Kuat tak I? Ntah lar. I tak rasa apa2 masa tu. Sebab I dah pernah kena operate dulu. So, takde perasaan takut pon. Ntah lar. Macam tak pikir apa2 pon.
skh, panjangnya cerita I. Okay, dipendekkan cerita. Masa Doctor Mahadevan tu potong perut I, dia nampak ada bleeding tau. Tapi old one. Colour lain lar tu maksudnya kot. Then instead of potong 1bahagian jer, dia tebuk pusat I. Nak masukkan camera. Then dia tengok banyak sangat darah lama dalam rahim I. Masa tu terus on call Gynea, Dato' Alex Mathew. So, Dato' Alex checked and sahkan yang I ada ovarian cyst. Left ovary. Then dia pon potong and cleaned all the blood tu. Okay. Kesimpulannya, perut I kena potong 3 tempat. Kanan for appendix, kiri or cyst and pusat for camera. Ehehehe.
Image taken from Google
I try type tadi kat Google pasal ovarian cyst nie. Here we go. Nah. Baca jer lar dari website nie.
Nie I letak lar beberapa keping gambar. Ehehe. I curik dari FB kak ngah I. Ahahhaa.
Kesian diorang bosan tunggu I lama sangat dalam OT
Time nie hari ke-2 selepas operate
Argh! Lambat lar loading. Kenapa ntah connection malam nie. Malas tunggu. Dah menguap jer nie. Nak tidur semula. Kalau nak tengok gambar lagi sila tengok kat FB kak ngah I. Dia rajin mengupload gambar. I malas. Ahahaha.
Wey, panjang lar entry I. Tidur lar. Bye. Ahahahaha. Kalau penutup tu tak best maksudnya I dah malas. Ahahhaa.




